Bapa humban anak kembar perempuan 4 tahun dalam perigi

10 hours ago

Bapa humban anak kembar perempuan 4 tahun dalam perigi
NEW DELHI - Polis menahan seorang lelaki bersama ibu bapanya dan adik lelakinya kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan dua anak kembar perempuan berusia empat tahun dalam kejadian tragis di Kampung Jubilee Nagar, India, baru-baru ini.Menurut pihak berkuasa, suspek utama, Srisailam, 28, didakwa merancang pembunuhan itu bersama bapanya, Ashok, ibunya, Lavanya, serta adiknya, Rakesh, kerana percaya anak perempuan akan menjadi beban kepada keluarga.Pegawai penyiasat, Inspektor Polis Daerah, A Niranjan Reddy berkata, suspek sejak awal tidak menginginkan anak perempuan dan lebih mahukan anak lelaki.Malah, ketika isterinya, Mounika, hamil pada 2022, dia didakwa cuba memaksa wanita itu menggugurkan kandungan selepas mengetahui bayi yang dikandung adalah kembar perempuan."Sebaik anak-anak itu dilahirkan, suspek langsung tidak menunjukkan kasih sayang dan enggan mendekati mereka."Ahli keluarga lain juga berkongsi pandangan sama," katanya.Siasatan mendapati, suspek sering bertengkar dengan isterinya sebelum wanita itu dihantar pulang ke rumah keluarganya.Suspek juga dipercayai bimbang harta miliknya yang dianggarkan bernilai hampir 20 juta rupee (kira-kira RM867,000) akan habis digunakan untuk perbelanjaan masa depan anak-anak perempuan tersebut.Dalam kejadian pada 3 April lalu, Srisailam yang turut berpakat dengan suspek-suspek lain membawa kedua-dua anaknya ke kawasan ladang dengan alasan keluar seketika.Dia kemudian menolak salah seorang mangsa ke dalam perigi sebelum bertindak menenggelamkan seorang lagi anaknya yang cuba menyelamatkan diri.Selepas kejadian, suspek cuba mengaburi pihak berkuasa dengan berpura-pura melakukan usaha menyelamat dan mendakwa insiden itu sebagai kemalangan.Namun, penduduk kampung mula curiga selepas kenyataannya berubah-ubah.Keempat-empat suspek kemudian melarikan diri ke rumah saudara di Gopalpur sebelum berjaya dikesan dan ditahan polis.Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan dari perigi dengan bantuan penduduk dan penyelam.Pihak polis menyifatkan kes ini sebagai antara jenayah paling kejam dan tidak berperikemanusiaan, selain menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap semua yang terlibat.-Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description