Amanz
1 day ago

Seterusnya ialah pengguna akhirnya boleh “melekatnya” skrin aplikasi yang dibuka ke permukaan rata di dunia sebenar. Misalnya lekatkan tingkap video YouTube ke dinding bilik dan tingkat Chrome ke dinding sebelah kanan. Skrin yang dilekatkan tidak akan bergerak daripada lokasi ia dipin oleh pengguna.
Android XR juga kini mengingati aplikasi yang telah dibuka dalam sesi terdahulu. Pengguna boleh meneruskan kerja atau video yang ditonton secara terus tanpa perlu membukanya semula satu persatu.

Seterusnya tangan sebenar pengguna boleh dilihat di dalam dunia maya mod home space. Tangan sendiri boleh dilihat menjadikan interaksi dengan elemen antaramuka terasa lebih semula jadi. Sebelum ini tangan diwakilkan dengan lukisan garisan putih berbentuk tangan sahaja.

Akhir sekali Android XR kini mempunyai lebih 100 aplikasi yang menggunakan sepenuhnya kemampuan XR set kepala yang dibeli. Selain itu Android Enterprise kini disokong pada XR, membolehkan organisasi menggunakan penyelesaian untuk latihan dan kerjasama imersif pada skala besar. Google bekerjasama dengan rakan kongsi EMM terkemuka termasuk ArborXR, ManageXR, Microsoft Intune, Omnissa Workspace ONE, Samsung Knox Manage, SOTI dan banyak lagi untuk menjadikan peranti Android XR sedia untuk tempat kerja.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

