Amanz

13 hours ago

Amanz
Meta hari ini memperkenalkan Muse Spark, model bahasa raya mereka yang pertama dibangunkan dibawah pasukan Meta Superintelligence Labs. Meta menyasarkan model kecerdasan buatan mereka boleh membantu sesiapa sahaja, pada bila-bila masa melibatkan pelbagai perkara yang penting kepada masing-masing.

Meta mengatakan model Muse Spark ini telah dibangunkan sejak sembilan bulan yang lepas, dan ia turut hadir dengan sokognan penaakulan untuk pelbagai persoalan kompelks termasuk melibatkan sains, matematik dan kesihatan. Muse Spark juga turut akan menguasakan Meta AI.

Bermula hari ini, Meta akan mula menawarkan kemaskini untuk Meta AI dengan model Muse Spark ini. Selain pada penggunan model AI, Meta AI juga turut akan menerima kemaskini antaramuka yang lebih kemas berbanding sebelumnya.

Muse Spark ini menawarkan sokongan multi-modal, sekaligus membolehkan ia memahami apa yang anda lihat (melalui gambar atau video). Ini juga sekaligus membolehkan model AI ini menjadi pembantu lebih baik apabila Muse Spark diintegrasikan pada kaca mata pintar Meta. Pada masa yang sama, Muse Spark juga boleh digunakan untuk pembangunan laman web, atau permainan mini dengan mudah.

Meta AI juga dengan integrasi Muse Spark, akan boleh memberikan maklumbalas lebih baik, termasuk memahami konteks perbincangan, topik tular semasa, atau memberikan maklumbalas berasaskan kepada pelbagai perkongsian dan perbincangan yang sedang berlaku rentas platform sosial Meta.

Meta mengatakan mereka akan memperkenalkan pengalaman baharu Meta AI dikuasakan Muse Spark ini bermuka di Amerika Syarikat secara berperingkat. Dalam minggu-minggu akan datang, ia dijangka ditawarkan kepada pengguna global, selain pada aplikasi Meta lain seperti Instagram, WhatsApp, Facebook dan Messenger.

Bergerak kehadapan juga, Meta mengatakan akan turut menyertakan Reels, dan gambar daripada perkongsian media sosial terus pada jawapan di Meta AI. Meta turut menawarkan akses terhad kepada model ini melalui API, dan berhasrat untuk menawarkannya dalam bentuk sumber terbuka pada masa akan datang.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description