Perak laksana tinjauan impak krisis terhadap rakyat

10 hours ago

Perak laksana tinjauan impak krisis terhadap rakyat
IPOH - Kerajaan negeri Perak telah memulakan kajian tinjauan bagi menilai impak krisis semasa terhadap rakyat khususnya melibatkan aspek sosial dan keusahawanan.Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Salbiah Mohamed berkata, kajian tersebut sedang dilaksanakan oleh pelbagai agensi di bawah portfolio berkaitan bagi mendapatkan gambaran menyeluruh situasi semasa rakyat.Menurutnya, kajian berkenaan masih di peringkat awal bagi sektor sosial, manakala dapatan awal bagi keusahawanan telah mula diperoleh."Di bawah portfolio saya bukan sahaja Wanita Perak, tetapi melibatkan keusahawanan, koperasi serta aspek sosial. Kita sedang mengenal pasti situasi semasa dengan mendapatkan respons daripada pelbagai agensi."Bagi sosial, kajian ini baru bermula kira-kira seminggu lalu dan mungkin mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk melihat gambaran lebih jelas," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Warga Emas Fit (WE Fit) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayang di Dewan Greentown, Flat Ashby Road di sini pada Khamis.Salbiah berkata, kesan sebenar krisis dijangka hanya dapat dilihat dalam tempoh beberapa bulan akan datang, apabila simpanan rakyat mula terjejas."Buat masa ini, kita mungkin belum nampak kesan secara langsung kerana sebahagian rakyat masih mempunyai simpanan."Namun, bermula sekitar Jun dan seterusnya, impak sebenar mungkin akan lebih ketara," jelasnya.Menurut beliau, dapatkan kajian tinjauan berkenaan akan dibawa ke pengetahuan dua jawatankuasa khas bagi menangani isu berkenaan, iaitu Jawatankuasa Khas Impak Krisis dan Jawatankuasa Pemantauan Impak Krisis.Jawatankuasa Khas Impak Krisis dipengerusikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad manakala Jawatankuasa Pemantauan Impak Krisis dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim."Kerajaan negeri komited melakukan penjajaran semula bajet sedia ada bagi memastikan keperluan rakyat dapat ditangani dengan lebih berkesan."Saya yakin hasil dapatan daripada jawatankuasa ini nanti akan membantu Menteri Besar mengumumkan inisiatif bersesuaian kepada rakyat Perak," ujarnya.Dalam perkembangan lain, Salbiah memaklumkan bahawa program WE Fit akan diperluaskan ke kira-kira 12 lokasi tahun ini dengan memberi tumpuan kepada kawasan yang mempunyai populasi warga emas tinggi.Menurutnya, program tersebut bukan sahaja bertujuan meningkatkan tahap kecergasan warga emas, tetapi juga sebagai platform mengumpul data berkaitan kesihatan dan keperluan penjagaan golongan berkenaan.Pada 23 April lalu, media melaporkan pemain industri termasuk badan bukan kerajaan (NGO) akan turut dilibatkan dalam jawatankuasa khas yang ditubuhkan kerajaan negeri bagi menangani impak krisis global terhadap ekonomi dan rakyat di Perak.Menurut Saarani, penglibatan tersebut akan dibuat secara bersasar mengikut keperluan dan isu yang dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description