Amanz
15 hours ago

Melalui penawaran ini, pengguna berpeluang menyingkap semula sejarah penuh muzik mereka di platform tersebut. Antara sorotan yang dipaparkan termasuk hari pertama mereka menggunakan Spotify, jumlah keseluruhan lagu unik yang pernah didengar, lagu pertama yang distrim serta artis paling banyak distrim sepanjang masa.


Selain itu, Spotify turut menyediakan senarai 120 lagu teratas sepanjang masa lengkap dengan kiraan mainan yang boleh disimpan ke dalam pustaka pengguna. Seterusnya, setiap data disertakan dengan kad perkongsian (share card) bagi memudahkan pengguna menyimpan atau berkongsi hasil mereka di media sosial seperti Instagram.
Spotify 20: Party of the Year(s) kini tersedia di aplikasi mudah alih di sekitar 144 pasaran termasuk Malaysia. Sebelum ini, Spotify turut mengumumkan senarai 20 lagu, album, artis, podsiar dan e-buku paling banyak distrim sempena ulang tahun ke-20 mereka sekali gus memperlihatkan pencapaian besar dalam dunia muzik dan kandungan digital sepanjang dua dekad terakhir.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

