PRN Melaka: Pemimpin muda BN mungkin dikekalkan

14 hours ago

PRN Melaka: Pemimpin muda BN mungkin dikekalkan
MELAKA - Pengerusi UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberi bayangan pemimpin muda UMNO yang dipilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu berkemungkinan besar akan terus dikekalkan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.Ketua Menteri Melaka itu berkata, generasi baharu pemimpin BN yang dipilih sebelum ini menunjukkan prestasi serta perkhidmatan yang baik kepada rakyat."Semua (pemimpin) telah berkhidmat dengan baik dan mereka telah menunjukkan satu kesepakatan dalam semangat setiakawan dan bekerja berpasukan yang baik."Cuma kalau kita tengok, semua generasi baru yang dipilih pada penggal lepas yang berusia 50 tahun ke bawah, mereka boleh meneruskan perkhidmatan terbaik," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Bomba Sedunia Peringkat Parlimen Masjid Tanah di Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah pada Rabu.Pada majlis itu, Ab Rauf menyampaikan sumbangan bernilai RM5,000 untuk diagihkan kepada 50 pesara bomba di Parlimen berkenaan.Bagaimanapun beliau menegaskan, belum tiba masa untuk menentukan siapa yang akan digugurkan atau dikekalkan."Senarai calon dah lama saya pendekkan. Saya tak pernah panjangkan nama calon ini. Jadi tunggu masa untuk kita umumkan."Dia tak ada ikan cincaru, tak ada ikan gelama, Tak ada muka baru, tak ada lah orang lama," katanya secara berseloroh.Mengulas cadangan agar PRN Johor dan Melaka diadakan serentak, beliau berkata situasi politik setiap negeri berbeza."Suasana di Johor dengan Melaka tidak sama. Suasana di Melaka dan suasana di Malaysia juga tidak sama."Kita akan memikirkan cara terbaik bagaimana kita boleh berdiri atas kaki sendiri," katanya....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description