JPN Kelantan salur bantuan segera kepada keluarga pelajar meninggal dunia

9 hours ago

JPN Kelantan salur bantuan segera kepada keluarga pelajar meninggal dunia
KOTA BHARU - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga seorang pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Muhammad Amir Asyraf Ahmad Sabri, yang dilaporkan meninggal dunia, semalam.Dalam kenyataan pada Rabu, JPN memaklumkan pihaknya sedang menguruskan bantuan segera dan terbaik untuk disalurkan kepada keluarga pelajar berkenaan."Langkah ini diambil bagi memastikan aspek kebajikan serta kesejahteraan keluarga Allahyarham sentiasa terpelihara," menurut kenyataan itu.Berikutan itu, JPN Kelantan turut mendoakan agar Allahyarham dicucuri rahmat dan seluruh keluarganya dikurniakan ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi ujian tersebut.Terdahulu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo mengesahkan seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama Sekolah Menengah Paloh, Gua Musang, semalam. - Bernama...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description