Amanz

10 days ago

Amanz
Baru-baru ini, Dell Malaysia telah mengemaskini penawaran komputer riba Alienware mereka dengan model Alienware 16X Aurora, iaitu siri komputer riba premium yang hadir dengan penawaran komponen dan teknologi komputer riba yang terbaru dan terhebat.

Bermula dengan paparan, Alienware 16X Aurora dilengkapi dengan pilihan untuk paparan skrin OLED kusam (anti-glare) bersaiz 16 inci dengan resolusi 4K (2560×1600) dengan kadar segar semula 240Hz bersama-sama kemampuan mengolah 120 peratus gamut warna DCI-P3, nilai kecerahan 620 nits dan sokongan untuk teknologi paparan NVIDIA G-SYNC.

Komputer riba ini juga hadir dengan pilihan untuk CPU komputer riba terbaru Intel Core Ultra 9 290HX yang digabungkan dengan pilihan memori DDR5 sehingga 64GB, storan SSD PCie 4.0 sehingga 4TB dan pilihan sehingga kad grafik NVIDIA GeForce RTX5070 Ti.

Dari segi penawaran palam pula, komputer riba ini hadir dengan satu palam Thunderbolt 4, dua palam USB 3.2 Type-C, dua palam USB 3.2 Type-A, satu palam HDMI 2.1, satu palam audio 3.5mm dan satu palam internet berwayar RJ-45. Dari segi sambungan nirwayar, komputer riba ini menyokong sambungan internet WiFi 7 dan Bluetooth terbaru.

Spesifikasi-spesifikasi ini dilihat hebat, tetapi terdapat beberapa kaveat tentang konfigurasi yang boleh dipilih pengguna. Secara teknikalnya, pengguna boleh memilih CPU Intel Core Ultra 7 270HX sehingga Intel Core Ultra 9 290HX Plus yang terbaru, tetapi pemilihan komponen lain seperti jenis paparan skrin dan kad grafik adalah bergantung kepada pilihan CPU.

Untuk mendapatkan konfigurasi paparan skrin OLED dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5070 Ti, pengguna diwajibkan memilih konfigurasi dengan CPU Intel Core Ultra 9 290HX Plus. Pilihan CPU lain akan mengehadkan pilihan konfigurasi kepada paparan IPS (yang mempunyai kadar segar semula dan resolusi yang sama) dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5070.

Jika anda berminat untuk membeli komputer riba ini, kini telah mula menawarkannya pada harga permulaan RM12,089 dengan konfigurasi Intel Core Ultra 7 270HX, 16GB memori, 1TB storan SSD dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5060.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description