Amanz

10 days ago

Amanz
Anthropic merupakan syarikat disebalik model kecerdasan buatan Claude. Seperti ramai sedia maklum, pelbagai syarikat dan ramai pembangun di seluruh dunia yang menggunakan model Claude dalam pembangunan kod pengaturcaraan masing-masing. Selain orang luar, kini Ketua Pegawai Kewangan Anthropic turut mengatakan 90% daripada kod untuk syarikat berkenaan dibangunkan oleh kecerdasan buatan janaan.

Mereka menggunakan Claude Code dalam membangunkan lebih 90% daripada kod produk mereka. Ini sekaligus memperlihatkan peralihan pantas dalam arena pembangunan perisian. Sebelum ini, beberapa syarikat turut berkongsi menyatakan sebahagian daripada kod mereka kini dibangunkan oleh kecerdasan buatan janaan, termasuk Google sendiri.

Namun, angka 90% ini merupakan angka yang tinggi, dan pertama kali dikongsikan pihak Anthropic. Ia dikongsikan yang mana AI digunakan untuk tugasan pelaksanaan, sementara manusia membuat tugasan seperti penyusunan strategi, penilaian dan juga pemantauan. Penggunaan AI juga mempercepatkan lagi tugasan dan meningkatkan produktiviti.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description