Amanz

10 days ago

Amanz
Meta kini dapatan terbaru mereka, dan mengatakan terdapat perubahan pada kaedah pengguna menggunakan perkhidmatan, dimana kini pengguna lebih melakukan carian berkaitan produk di laman sosial, berbanding menggunakan Google.

Meta mengatakan terdapat perbezaan antara carian sosial dan juga enjin carian tradisional. Enjin carian tradisional lebih memfokuskan apabila pengguna mengetahui apa yang mereka inginkan dan ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengannya. Sementara carian sosial lebih digunakan sekiranya pengguna berminat dengan sesuatu perkara dan ingin mengetahui lanjut berkenaan dengannya daripada sumber dipercayai. Dengan bentuk paparan video pendek dan gambar, pengguna lebih mudah mempercayai dan mengetahui berkenaan sesuatu produk yang mereka inginkan.

Mengikut dapatan Meta juga, 92% pengguna kini menggunakan platform sosial untuk carian informasi produk, berbanding 79% menggunakan enjin carian biasa.

Selain daripada itu, 63% pengguna membeli dengan lebih pantas disebabkan oleh kaedah paparan di sosial, dan 65% lebih yakin melakukan pembelian selepas melihat produk melalui perkongsian sosial.

Ini sekaligus memperlihatkan perubahan kaedah penemuan dan pengetahuan lanjut berkaitan sesuatu perkara berlaku berbanding sebelum ini yang ramai bergantung pada Google semata-mata.

Bagi anda sendiri, adakah kini lebih melakukan carian menggunakan Instagram dan TikTok, berbanding Google?

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description