Peserta Himpunan Daulat Tuanku mula berkumpul di masjid negeri

12 hours ago

Peserta Himpunan Daulat Tuanku mula berkumpul di masjid negeri
SHAH ALAM - Pekarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Sabtu dipenuhi warna merah dan kuning sempena Himpunan Daulat Tuanku.Perarakan dari masjid berkenaan ke pekarangan pintu utama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor itu diadakan sebagai tanda solidariti serta ikrar taat setia terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah susulan kontroversi membabitkan titah baginda baru-baru ini.Peserta himpunan dilihat memenuhi pekarangan masjid seawal jam 4 petang dan menunaikan solat Asar secara berjemaah terlebih dahulu sebelum bergerak ke Pejabat SUK Selangor beramai-ramai.Difahamkan, kira-kira 500 peserta termasuk penyokong beberapa parti politik dijangka menyertai himpunan tersebut.Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar sebelum ini berkata, himpunan itu mendapat sokongan beberapa parti politik termasuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Malah, katanya, UMNO turut menzahirkan pendirian dalam beberapa siri kenyataan sebelum ini.Sekretariat himpunan itu juga terdiri daripada Pemuda Pas Selangor bersama gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan badan bukan Islam (NGI).Tambah Mohamed Sukri, pihak sekretariat juga akan menyerahkan memorandum kesetiaan kepada Sultan Selangor di hadapan Istana Kayangan pada hari sama.Beliau mendakwa tindakan beberapa pemimpin DAP yang terus membangkitkan isu berkaitan penternakan babi di Selangor disifatkan sebagai tidak menghormati titah Sultan Sharafuddin.Menurutnya, pihak penganjur sudah membuat pemakluman kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor berhubung penganjuran himpunan berkenaan mengikut peruntukan undang-undang.Beliau memaklumkan anggota Jabatan Amal juga bakal ditempatkan sepanjang himpunan berlangsung bagi memastikan keselamatan peserta serta mengelakkan sebarang provokasi....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description