Malaysia ratifikasi MEUPCA, perkukuh hubungan strategik dengan EU

12 hours ago

Malaysia ratifikasi MEUPCA, perkukuh hubungan strategik dengan EU
MALAYSIA meratifikasi Perjanjian Rangka Kerja Perkongsian dan Kerjasama antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (MEUPCA) pada 11 Mei 2026, susulan pengesahan oleh Sekretariat Majlis Kesatuan Eropah (EU) terhadap pemakluman rasmi Malaysia yang telah dikemukakan pada 8 Mei 2026.Kementerian Luar, atau Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, ratifikasi berkenaan dilaksanakan setelah menyempurnakan prosedur perundangan domestik yang diperlukan bagi penguatkuasaan Perjanjian itu, selaras dengan Perkara 58, perenggan 1 dan Perkara 59 Perjanjian berkenaan.MEUPCA yang ditandatangani pada 14 Disember 2022 di Brussels, Belgium akan mula dikuat kuasa setelah semua pihak menyempurnakan proses ratifikasi domestik masing-masing.Setakat ini, selain Malaysia, 21 negara anggota EU telah melengkapkan proses berkenaan.Wisma Putra memaklumkan ratifikasi itu menandakan satu pencapaian penting dalam hubungan antara Malaysia dan EU serta mencerminkan komitmen berterusan Malaysia untuk memperkukuh penglibatan strategik dengan satu daripada blok ekonomi dan perdagangan terbesar di dunia. "MEUPCA menyediakan kerangka kerja institusi yang komprehensif bagi memperluas dan menyelaras kerjasama jangka panjang antara Malaysia dan EU merentasi pelbagai sektor strategik termasuk perdagangan dan pelaburan, keselamatan, sains dan teknologi, teknologi hijau, tenaga boleh baharu, alam sekitar, kesihatan, pendidikan, pengangkutan, pekerjaan, pentadbiran awam, serta pelancongan dan kebudayaan."Bagi memastikan penilaian yang komprehensif terhadap Perjanjian ini, sebanyak 38 kementerian dan agensi telah mengambil bahagian dalam siri konsultasi bagi meneliti implikasi MEUPCA di peringkat Persekutuan dan negeri termasuk kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, terutamanya dalam perkara berkaitan teknologi hijau, tenaga, alam sekitar, dan tadbir urus air," menurut kenyataan itu.MEUPCA juga dijangka terus memperkukuh daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan berkualiti dan kerjasama ekonomi bernilai strategik, terutamanya dalam sektor-sektor berimpak tinggi seperti tenaga boleh baharu, pembangunan mampan, pendigitalan, pembuatan termaju, teknologi hijau dan rantaian bekalan yang berdaya tahan, menurut Wisma Putra.EU kekal sebagai antara rakan ekonomi utama Malaysia, dengan jumlah perdagangan antara Malaysia dan blok itu meningkat 4.2 peratus kepada RM228.04 bilion (AS$53.36 bilion) pada 2025, berbanding RM218.91 bilion (AS$47.95 bilion) pada 2024.Kementerian itu turut memaklumkan sebuah Jawatankuasa Bersama (JC) akan ditubuhkan bagi memastikan pelaksanaan MEUPCA yang berkesan. JC akan berfungsi sebagai mekanisme institusi rasmi untuk menyelaras pelaksanaan, mengenal pasti keutamaan kerjasama, memudahkan dialog, serta menangani isu-isu berkaitan tafsiran dan aplikasi perjanjian itu. JC dijangka diadakan secara berkala dan bergilir-gilir antara Malaysia dan EU. - Bernama   ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description