Amanz

1 day ago

Amanz
Samsung Malaysia pagi ini secara rasmi melancarkan koleksi TV Micro RGB dan QD OLED terkini tahun 2026 mereka ke pasara tempatan. Ini adalah siri TV yang dilengkapi ciri terkini Vision AI yang menawarkan pelbagai ciri kecerdasan buatan (AI) yang bukan sahaja meningkatkan kualiti visual dan audio tetapi menerapkan nilai tambahan mirip yang ditawarkan pada telefon pintar Galaxy.

Antara yang kini memasuki pasaran Malaysia ialah TV Micro RGB Samsung R95H dan and R85H dengan skrin antara 65″ hingga 115″. Ini adalah siri TV yang baru sahaja dengan ia adalah yang pertama sekali menggunakan panel Micro RGB oleh Samsung.

Teknologi Micro RGB membolehkan paparan warna yang lebih tepat dengan sokongan 100% BT.2020. Selain itu sistem Micro RGB AI Engine Pro, Micro RGB Color Booster Pro dan Micro RGB HDR Pro disertakan untuk memberikan pengalaman visual yang terbaik. Panel menyokong sistem HDR10+ ADVANCED dan juga Eclipsa Audio. Lapisan Glare Free pula memastikan skrin tidak akan terganggu dengan masalah silau.

Ciri Vision AI Companion pula membolehkan mod AI Football Mode Pro, AI Sound Controller Pro, Live Translate, Generative Wallpaper, Microsoft Copilot dan Perplexity diakses dengan menggunakan arahan suara. Sehingga 7 bahasa disokong pada waktu ini iaitu Inggeris, Perancis, Sepanyol, Portugis, Jerman, Itali dan Korea.

Sementara itu model TV OLED pula adalah S95H, S90H and S85H yang menawarkan paparan hitam paling gelap. Tahun ini teknologi mengelakkan silau Glare Free ditawarkan juga pada S95H dan S90H. TV hadri dengan ciri Motion Xcelerator 165Hz, AMD FreeSync Premium Pro dan NVIDIA G-SYNC Compatible. Sempena Piala Dunia, kesemua model hadir dengan mod AI Soccer untuk paparan bola sepak lebih imersif.

The Frame turut dikemaskini dengan The Frame Pro LS03HW dan The Frame LS03HE. The Frame Pro LS03HW ditawarkan dengan skrin 85″ dan 75″ Neo QLED serta sokongan Wireless One Connect. Terdapat lapisan Glare Free menjadikan paparan nampak lebih seperti bingkai gambar apabila tidak digunakan sebagai sebuah TV. Sementara itu The Frame LS03HE pula ditawarkan dengan skrin 55″ QLED tanpa sokongan Wireless One Connect atau kotak One Connect.

TV Neo QLED tahun 2026 ialah QN80H dan QN70H. QN80H hadir dengan skrin antara 50 hingga 100 inci sementara QN70H pula dalam saiz 43 hingga 85 inci. Menurut Samsung teknologi Quantum Mini LED mereka memberikan kawalan cahaya lebih jitu, kontras lebih ketara, imej lebuh jelas dan keterangan konsisten keseluruhan skrin. Semua model menawarkan ciri 4K Upscaling dengan gaming sehingga 144Hz. Cip NQ4 AI pula memberikan tetapan optimum secara automatik mengikut kandungan yang sedang ditonton.

Akhir sekali ialah model TV Mini LED MH80H dan M70H. Samsung M80H ditawarkan dengan pilihan saiz 85, 75, 65, dan 55 inci dengan teknologi Motion Xcelerator 144Hz, pemproses NQ4 AI Gen2, sistem audio AI, dan pelbagai ciri pemperbadian tambahan untuk pelbagai kandungan yang ditonton. Sementara model M70H pula ditawarkan dalam saiz. 85, 75, 65, 55, 50, dan 43 inci dengan ciri seperti Adaptive Sound, HDR, dan Motion Xcelerator.

Harga jualan semua model TV pintar Samsung 2027 dengan Vision AI adalah seperti di bawah.

ModelHarga(RM)Harga Promosi (RM)Hadiah Hand Raiser (27” M5 Monitor) Hadiah percuma 1 (Premium Item)Hadiah percuma 2 (Slim Fit Camera)85″ Micro RGB R95H 4K Samsung Vision AI Smart TVMRA85R95HAKXXM29,999 26,999 √Z FLIP 7 (256 GB+12GB)(RM 4,999)Slim Fit Cam(RM 499)75″ Micro RGB R95H 4K Samsung Vision AI Smart TVMRA75R95HAKXXM21,999 21,999 √Z FLIP 7 (256 GB+12GB)(RM 4,999)Slim Fit Cam(RM 499)85″ Micro RGB R85H 4K Samsung Vision AI Smart TV MRA85R85HAKXXM21,999 15,999 √Galaxy Tab S10 Lite (Wi-Fi)(RM 1,649)75″ Micro RGB R85H 4K Samsung Vision AI Smart TV MRA75R85HAKXXM14,999 11,999 √Galaxy Tab S10 Lite (Wi-Fi)(RM 1,649)83″ OLED S90H 4K Samsung Vision AI Smart TV QA83S90HAEXXM27,599 22,999 √Nintendo Switch 2(RM 2,288)Slim Fit Cam(RM 499)77″ OLED S90H 4K Samsung Vision AI Smart TV QA77S90HAKXXM23,999 19,999 √Nintendo Switch 2(RM 2,288)Slim Fit Cam(RM 499)65″ OLED S90H 4K Samsung Vision AI Smart TVQA65S90HAKXXM12,999 10,999 Slim Fit Cam(RM 499)83″ OLED S85H 4K Samsung Vision AI Smart TV QA83S85HAEXXM25,199 21,999 √Nintendo Switch 2(RM 2,288)77″ OLED S85H 4K Samsung Vision AI Smart TV QA77S85HAEXXM21,599 18,999 √Nintendo Switch 2(RM 2,288)100″ Neo QLED QN80H 4K Samsung Vision AI Smart TV QA100QN80HKXXM25,199 20,999 √85″ Neo QLED QN80H 4K Samsung Vision AI Smart TV QA85QN80HAKXXM14,999 12,499 √75″ Neo QLED QN80H 4K Samsung Vision AI Smart TV (2026) QA75QN80HAKXXM9,899 8,499 √85″ The Frame Pro LS03HW 4K Samsung Vision AI Smart TVQA85LS03HWKXXM16,999 12,999 √Music Studio – LS51H(RM 1,199)75″ The Frame Pro LS03HW 4K Samsung Vision AI Smart TV QA75LS03HWKXXM12,999 10,999 √Music Studio – LS51H(RM 1,199)85″ Mini LED M80H 4K Samsung Vision AI Smart TV UA85M80HAKXXM9,399 8,599 √75″ Mini LED M80H 4K Samsung Vision AI Smart TV UA75M80HAKXXM6,3995,799√ ]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description