Amanz

9 hours ago

Amanz
Siri Huawei Watch Fit 5 akhirnya dilancarkan di Malaysia. Ia hadir dalam dua pilihan model yang masing-masing menekankan aspek kesihatan dan kecergasan di samping menawarkan penambahbaikan signifikan dalam kelasnya.

Watch Fit 5 hadir dalam dua versi iaitu Pro dan Standard dengan kedua-duanya berkongsi sebahagian besar fungsi kesihatan serta kecergasan. Versi Pro menawarkan kelebihan tambahan seperti pengesanan awal diabetes (melalui kemas kini OTA), skrin AMOLED 1.92″ dengan kaca Sapphire 2.5D, rangka titanium dan aluminium (kemasan model berwarna putih mempunyai kelebihan dengan salutan nanoseramik metal) serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari.

Selain itu, ia menyokong lebih 100 mod senaman termasuk Free Diving, Cycling Assistant dan Golf Mode, serta fungsi kesihatan seperti ECG, pemantauan tidur, apnea tidur, kesihatan emosi 2.0, kekakuan arteri dan HRV. Jam tangan ini juga menawarkan mod senaman mini dengan ikon panda, aplikasi eksklusif untuk sukan raket, sokongan pembayaran TNG QR, penarafan IP6X, storan 64GB serta keserasian dengan iPhone dan Android.

Sementara itu, Huawei Watch Fit 5 Standard pula menggunakan skrin AMOLED 1.82 inci dengan kecerahan sehingga 2500 nits dan pilihan tubuh berwarna ceria. Ia dilengkapi kebanyakan sensor seperti versi Pro, namun tidak menyokong ECG, Depth Sensor, pengesanan awal diabetes, kekakuan arteri, serta mod Free Diving, Cycling Assistant dan Golf Mode.

Bagi yang berminat, Huawei Watch Fit 5 boleh dibeli di Malaysia pada harga bermula RM799 manakala Huawei Watch Fit 5 Pro berharga RM1,099. Terdapat juga promosi menarik selepas baucar dengan harga serendah RM649 untuk Watch Fit 5 dan RM999 untuk Watch Fit 5 Pro.

Pratempah kini dibuka dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM585 termasuk baucar awal bernilai sehingga RM150, Huawei Freebuds SE 2, jaminan waranti APAC selama 1 tahun, langganan Huawei Health selama 3 bulan, serta keahlian Huawei Watch Face selama 1 bulan.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description