Iran lancar serangan peluru berpandu ke arah pangkalan AS di Kuwait, Bahrain
23 hours ago
WASHINGTON – Ketegangan di Asia Barat terus memuncak apabila Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke arah Kuwait dan Bahrain, manakala Amerika Syarikat (AS) pula menjalankan serangan baharu ke atas Pulau Qeshm milik Iran.Perkembangan itu berlaku ketika usaha rundingan damai antara Teheran dan Washington dilaporkan masih diteruskan meskipun berdepan ketidaktentuan sejak beberapa hari lalu.Menurut Komando Pusat AS (CENTCOM), satu lagi gelombang dron Iran yang menyasarkan anggota tentera AS di Kuwait berjaya dipatahkan pada awal pagi Rabu waktu tempatan."Tiada anggota atau aset AS yang terjejas," menurut kenyataan CENTCOM.Sebelum itu, tentera AS turut menafikan dakwaan Iran bahawa republik itu berjaya menyerang ibu pejabat Armada Kelima AS di Bahrain dan sebuah pangkalan udara Amerika di rantau berkenaan.Sebaliknya, CENTCOM menegaskan semua serangan Iran terhadap kepentingan AS gagal mencapai sasaran.Sementara itu, Iran mengesahkan pihaknya melancarkan serangan balas terhadap beberapa sasaran Amerika di rantau tersebut sebagai tindak balas terhadap serangan AS ke atas sebuah kapal tangki minyak yang menuju ke pelabuhan Iran serta serangan ke atas Pulau Qeshm.Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa pihaknya menembak peluru berpandu ke arah sebuah kapal yang dikenali sebagai Panaya, selain menyasarkan pangkalan udara Amerika dan ibu pejabat Armada Kelima AS di Bahrain.Bagaimanapun, pihak tentera AS memaklumkan sistem pertahanan udara AS dan Bahrain berjaya memintas tiga peluru berpandu yang dilancarkan ke arah Bahrain, manakala beberapa peluru berpandu yang disasarkan ke Kuwait gagal sampai ke destinasi atau musnah ketika dalam perjalanan.Dalam perkembangan berkaitan, media Iran melaporkan rundingan antara Teheran dan Washington masih berlangsung walaupun sebelum ini terdapat laporan bahawa Iran menggantung proses tersebut.Namun, perunding utama Iran memberi amaran bahawa konflik berisiko menjadi lebih buruk sekiranya serangan Israel di selatan Lubnan berterusan.Pada masa sama, rundingan berprofil tinggi antara Israel dan Lubnan berakhir bagi sesi hari ini dan dijadualkan bersambung semula di Jabatan Negara AS pada Rabu.Rundingan itu berlangsung selepas pertempuran baharu tercetus antara kumpulan bersenjata yang disokong Iran, Hizbullah, dengan tentera Israel.Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, turut menegaskan operasi ketenteraan di selatan Lubnan akan diteruskan seperti yang dirancang, beberapa jam selepas Presiden AS, Donald Trump, menyatakan bahawa tentera Israel tidak akan mara ke Beirut.Sumber turut memaklumkan perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin itu berlangsung dalam suasana tegang berikutan perbezaan pandangan mengenai perkembangan konflik semasa.-Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

