'Sidang media pasca Mesyuarat Exco batal, MB ada urusan penting'

20 hours ago

'Sidang media pasca Mesyuarat Exco batal, MB ada urusan penting'
SEREMBAN - Sidang media pasca Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Negeri Sembilan yang dijadualkan pada jam 1.30 tengah hari pada Rabu dibatalkan.Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Shahir Mohd Shah memaklumkan perkara itu berkata, pembatalan tersebut berikutan Datuk Seri Aminuddin Harun mempunyai urusan penting."Mesyuarat Exco tadi bermula lebih kurang jam 11 pagi dan tamat sekitar jam 12.30 tengah hari."Tapi PC Exco terpaksa dibatalkan kerana Menteri Besar ada urusan penting," katanya ringkas ditemui pemberita di Wisma Negeri di sini pada Rabu.Beliau bagaimanapun enggan berkongsi lanjut urusan yang perlu dihadiri Aminuddin.Bagaimanapun kelibat Aminuddin dilihat tiba di Wisma Negeri kira-kira jam 1.24 tengah hari sebelum memasuki bangunan berkenaan melalui lif.Terdahulu media melaporkan, Aminuddin mengadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap.Beliau sebelum itu dilihat memasuki pekarangan istana kira-kira jam 9.05 pagi sebelum keluar pada jam 10.47 pagi.Turut mengiringi Pengerusi Pakatan Harapan(PH) Negeri Sembilan itu ialah Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad.Sememangnya menjadi rutin Aminuddin untuk menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada setiap hari Rabu sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan di Wisma Negeri.Beliau yang ditemui pemberita sebaik keluar dari Istana memaklumkan kehadirannya ke situ hanyalah pertemuan biasa.   ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description