SkyWorld sasar 30 pemaju hartanah teratas di Asia Tenggara
13 hours ago
SKYWORLD Development Berhad (SkyWorld) melancarkan pelan strategik jangka panjang dikenali sebagai SkyWorld 2040 dalam usaha mencapai status antara 30 pemaju hartanah teratas di Asia Tenggara dalam tempoh 15 tahun.SkyWorld berkata, pelan berkenaan merupakan kesinambungan kepada sasaran jangka sederhana selepas tawaran awam permulaan (IPO) yang sedang dilaksanakan iaitu projek dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM4.6 bilion menjelang 2026."SkyWorld 2040 distrukturkan kepada tiga fasa berturut-turut, masing-masing selama lima tahun."Dalam fasa pertama, kumpulan menyasarkan untuk mencapai Keuntungan Selepas Cukai (PAT) sebanyak RM1 bilion, disokong oleh sasaran pelancaran GDV berjumlah RM12 bilion dan jualan sebanyak RM10 bilion sepanjang tempoh lima tahun tersebut," katanya dalam satu kenyataan.Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, pelan tersebut dibangunkan sebagai kesinambungan kepada kejayaan kumpulan dalam melaksanakan fasa awal tawaran awam permulaan (IPO).Beliau berkata, SkyWorld 2040 menjadi pelan hala tuju baharu untuk memperkukuhkan keupayaan syarikat, memperluas skala perniagaan serta mencipta nilai mampan kepada semua pihak berkepentingan."Kumpulan kekal dengan pendekatan pelaksanaan yang berdisiplin iaitu asas yang menyokong pertumbuhan syarikat sejak peringkat awal penyenaraian."Bagi mencapai sasaran lima tahun pertama, SkyWorld memperkenalkan tiga teras utama pertumbuhan sebagai pemacu kepada pengembangan perniagaan kumpulan," katanya.Ujarnya, teras pertama dikenali sebagai ‘Go For Launch’ yang memfokuskan tumpuan kepada mempercepatkan pelancaran pembangunan dengan sasaran GDV sebanyak RM12 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.Teras kedua pula katanya, melibatkan strategi pengembangan serantau melalui '+ 1 SEA Market Entry', selain memperkukuhkan operasi sedia ada di Vietnam.Manakala, teras ketiga ialah memberi fokus kepada inovasi produk melalui rangkaian kediaman sedia ada seperti Awani, SkySignature dan X-Premier, selain memperkenalkan Siri S-Housing yang baharu."Pelan lima tahun pertama kami tertumpu kepada perkara yang kami lakukan dengan terbaik, iaitu membina kediaman berkualiti untuk mereka yang bercita-cita tinggal di bandar."Melalui pelaksanaan yang berdisiplin, strategi produk yang pelbagai dan inovasi berasaskan teknologi, kami yakin dapat mencapai sasaran PAT RM1 bilion sambil membina asas yang kukuh untuk pengembangan serantau pada masa hadapan," katanya.Ujarnya, pembangunan masa depan akan dipacu penggunaan teknologi Pembinaan Prefabrikasi Siap Pasang (PPVC), iaitu kaedah pembinaan menggunakan komponen siap pasang yang lebih cepat dan sistematik.Sebagai langkah awal, SKyWorld memaklumkan, pihaknya sedang membangunkan kilang pembuatan PPVC pertamanya di Pulau Pinang, dengan SkyWorld Pearlmont di Seberang Jaya dijadualkan menjadi projek pertama yang melaksanakan teknologi tersebut."Melalui PPVC, SkyWorld berhasrat untuk meningkatkan kelajuan pembinaan, memastikan konsistensi kualiti serta memperkukuh aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG," katanya.Melalui pelan strategik itu, SkyWorld yakin untuk terus mengukuhkan kedudukan sebagai pemain utama industri hartanah serantau menjelang tahun 2040....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

