Amanz

3 days ago

Amanz
Jika sebelum ini hanya gambar boleh dihantar sekali baca kelak mesej teks juga akan mempunyai fungsi yang sama. Menurut kemaskini terbaharu daripada WABetaInfo, WhatsApp sedang membangunkan .

Melaluinya, pengguna akan diberikan pilihan ‘View Once’ untuk mesej teks. Ini bermaksud selepas menaip mesej di ruang sembang, mereka boleh mengaktifkan fungsi tersebut dengan menekan lama butang hantar (send). Tindakan itu kemudian akan memaparkan menu pilihan baharu, di mana pengguna boleh memilih ‘Send as view once’ untuk menetapkan mesej berkenaan. Setelah dihantar, penerima hanya boleh membuka mesej itu sekali sahaja sebelum ia tidak lagi dapat diakses.

Mesej teks yang dihantar menggunakan pilihan ‘View Once’ akan dilindungi dengan tahap privasi sama seperti media lain. Penerima tidak boleh menyalin, memajukan (forward) atau berkongsi mesej tersebut selepas menerima. Selain itu, WhatsApp akan menyekat tangkapan skrin (screenshot) dan rakaman skrin (screen record) bagi menambah perlindungan sekali gus memastikan mesej tidak dapat disimpan atau diedarkan semula dalam apa-apa bentuk.

Ciri ini masih dalam pembangunan dan belum dapat dipastikan tarikh pelancarannya

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description