'Hero penyelamat' Pantai Bondi didakwa serang bapa kandung

15 hours ago

'Hero penyelamat' Pantai Bondi didakwa serang bapa kandung
SYDNEY – Seorang lelaki yang diangkat sebagai hero kerana menyelamatkan puluhan nyawa ketika insiden serangan berdarah di Pantai Bondi pada Disember lalu berdepan pertuduhan di mahkamah.Rangkaian media tempatan melaporkan Ahmed al-Ahmed, 44, didakwa menyerang bapa kandungnya selepas Polis New South Wales menerima aduan tentang kejadian itu yang berlaku di sebuah rumah di Bankstown pada Mac lalu."Dia turut berdepan dakwaan menghendap dan bakal dihadapkan ke mahkamah pada 29 Jun ini," jelas laporan itu lagi.Ahmed bagaimanapun menafikan tuduhan itu yang disifatkan sebagai maklumat palsu.Ahmed menerima pujian banyak pihak selepas insiden tembakan yang mengorbankan 15 nyawa dan mencederakan puluhan yang lain dalam kejadian yang didakwa bermotifkan anti-Yahudi.Dia turut bertemu Perdana Menteri, Anthony Albanese dan tabung bantuan yang diwujudkan untuknya berjaya mengumpul lebih AS$1 juta (RM4.03 juta).Ahmed dikatakan sedang memberi tumpuan kepada pemulihan kesihatannya dan merancang menjalani pembedahan lanjut pada bahagian lengannya.Pada bulan lalu, dua ahli keluarganya dihadapkan ke mahkamah di Sydney atas dakwaan cuba mendesaknya supaya menyerahkan sebahagian daripada wang derma yang diterima. - Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description