Krisis adat NS: Polis tidak memihak, hadir kawal keselamatan dan ketenteraman awam
11 hours ago
TAMPIN - Kehadiran polis di Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin adalah untuk memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan pematuhan kepada undang-undang tanpa memihak kepada mana-mana pihak.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, ia selaras dengan fungsi dan tanggungjawab Polis Diraja Malaysia(PDRM) yang berperanan memelihara keamanan, keselamatan dan ketenteraman awam serta mencegah berlakunya sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967."PDRM telah menerima maklumat berhubung kehadiran orang ramai di kawasan pintu masuk Balai Rasmi Tunku Besar Tampin hari ini."Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Tampin telah mengatur penugasan anggota dan pegawai polis bagi melaksanakan kawalan keselamatan serta pemantauan keadaan di lokasi berkenaan bagi memastikan ketenteraman awam, keselamatan orang ramai dan kelancaran situasi di kawasan tersebut sentiasa terpelihara,"katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, pihaknya turut menerima satu salinan perintah mahkamah pada Jumaat yang berkaitan dengan perkara berkenaan.Justeru beliau berkata, pihaknya menghormati proses perundangan yang sedang berjalan dan akan melaksanakan tugas serta tanggungjawabnya selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa."Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa bertenang, mematuhi undang-undang serta tidak terlibat dalam sebarang tindakan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam atau mengganggu proses yang sedang berjalan."Keadaan keselamatan di lokasi adalah terkawal dan polis akan terus memantau perkembangan semasa serta mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan keamanan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara,"katanya.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan suasana di Balai Kediaman Tunku Besar Tampin kecoh apabila pembesar adat yang hadir untuk menghadiri Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) tidak dibenarkan masuk berikutan arahan pihak berkuasa.Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah mempersoalkan arahan tersebut yang disifatkan memalukan institusi adat."Saya minta kerjasama, tanggungjawab saya kalau jadi apa-apa rusuhan...tak puas hati..panggil saya ke balai....di luar bukan saya jaga keselamatan...saya minta kerjasama jangan malukan institusi adat."Kalau Majlis Raja-Raja, tuan-tuan boleh tahan ke? Sama juga dengan DKU ini. Buka sekarang, saya nak masuk!' katanya kepada pihak berkuasa.Beliau memberitahu, pihaknya memahami pihak berkuasa hanya mengikut arahan, namun beliau menegaskan arahannya perlu dihormati. ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

