Kiswah baharu Kaabah dipasang

15 hours ago

Kiswah baharu Kaabah dipasang
MAKKAH - Kain Kiswah baharu Kaabah telah dipasang sempena hari pertama Muharam 1448H dalam satu upacara tahunan yang penuh ketelitian dan simbolik.Proses penggantian Kiswah itu melibatkan kira-kira 150 tukang mahir Arab Saudi yang menghasilkan kain penutup berkenaan selama hampir setahun di Kompleks Raja Abdulaziz untuk Kiswah Kaabah.Menurut laporan Saudi Gazette, Kiswah baharu tersebut dihasilkan melalui beberapa fasa ketat termasuk pencucian sutera, tenunan, cetakan, sulaman, pemasangan dan pemeriksaan sebelum dipindahkan ke Masjidil Haram.Kiswah Kaabah yang baharu itu diperbuat daripada kira-kira 825 kilogram sutera asli, selain menggunakan bahan seperti kapas, perak tulen dan logam bersalut emas untuk sulaman ayat suci al-Quran.Keseluruhan kain penutup itu turut menampilkan 47 gulungan sutera hitam dengan hiasan 30 ayat al-Quran yang disulam menggunakan benang perak dan emas 24 karat. - Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description