Wanita Muslim masih bergelut tuntut keadilan Syariah / Muslim women still striving for Sharia justice

12 hours ago

Wanita Muslim masih bergelut tuntut keadilan Syariah / Muslim women still striving for Sharia justice

[ENGLISH VERSION BELOW] Pada 18 Jun, SIS Forum (Malaysia) telah melancarkan penerbitan 10 Tahun (2016-25) dan Statistik dan Dapatan Telenisa 2025, yang mengumpulkan satu dekad data dan pengalaman wanita Muslim dalam mendapatkan keadilan ketika berurusan dengan sistem perundangan Syariah.

Penerbitan ini mengetengahkan isu yang berulang sejak sedekad lalu, termasuklah kesukaran mendapatkan dan menguatkuasakan perintah nafkah, kelewatan dalam proses mahkamah, ketidakselarasan pelaksanaan undang-undang keluarga Islam antara negeri, keganasan rumah tangga serta cabaran mendapatkan maklumat dan bantuan perundangan.

Majlis pelancaran ini dihadiri pembuat dasar, pengamal undang-undang, penyelidik, wakil masyarakat sivil dan orang awam untuk meneliti dapatan yang dikumpulkan melalui klinik bantuan guaman Telenisa (Telenisa), iaitu satu khidmat nasihat guaman percuma yang dikendalikan oleh SIS Forum (Malaysia).

Program tersebut telah disempurnakan oleh Nurul Syazwani Noh, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Permatang, dan turut menampilkan ucapan khas daripada Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh, serta wakil Yayasan Sime Darby dan SIS Forum (Malaysia).

Dalam ucapan perasmiannya, Nurul Syazwani berkata: “Pengalaman dan data yang direkodkan oleh Telenisa sepanjang 10 tahun lalu memberikan gambaran jelas tentang realiti yang dihadapi oleh ramai wanita dan keluarga.

“Dapatan yang disokong oleh bukti dan data seperti ini amat penting untuk memperkukuh dasar, menambah baik respons institusi dan memastikan capaian kepada keadilan terus menjadi keutamaan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan keluarga dan pembangunan sosial.”

Beliau turut menegaskan bahawa dapatan tersebut memberikan sumbangan yang bermakna kepada perbincangan berterusan mengenai penambahbaikan kerangka perundangan dan institusi yang memberi kesan kepada wanita dan kanak-kanak.

Ditubuhkan pada tahun 2003, klinik bantuan guaman Telenisa menyediakan maklumat berkaitan undang-undang, khidmat nasihat dan rujukan kepada wanita Muslim yang berhadapan isu berkaitan perkahwinan, perceraian, nafkah, hak penjagaan anak, keganasan rumah tangga dan pelbagai permasalahan di bawah undang-undang keluarga Islam.

Sejak tahun 2016, SIS Forum (Malaysia) telah menerbitkan laporan statistik dan dokumentasi pertanyaan yang diterima melalui Telenisa secara sistematik untuk memberikan gambaran jelas mengenai cabaran yang dihadapi wanita dalam mendapatkan keadilan melalui sistem perundangan Syariah.

Dapatan yang dikumpulkan sepanjang satu dekad ada menunjukkan pola yang berulang; memberikan gambaran bukan sahaja permasalahan individu, malah mencakupi masalah yang lebih luas dari segi struktur dan institusi.

Antara isu yang paling kerap dibangkitkan ialah kesukaran mendapatkan dan menguatkuasakan perintah nafkah, kelewatan serta halangan prosedur dalam proses mahkamah, ketidakselarasan pelaksanaan undang-undang keluarga Islam antara negeri, kurangnya pengetahuan mengenai hak dan saluran perundangan yang sedia ada, kesan berterusan keganasan rumah tangga serta ketidakstabilan kewangan terhadap kehidupan wanita dan anak-anak.

Bercakap semasa majlis pelancaran tersebut, pengarah eksekutif SIS Forum (Malaysia), Rozana Isa berkata bahawa dapatan yang direkodkan menunjukkan bahawa cabaran yang dihadapi wanita Muslim ini sangat penting dan masalah yang berulang ini memerlukan perhatian dasar yang berterusan.

“Data Telenisa sepanjang 10 tahun menyampaikan satu mesej yang konsisten. Wanita terus berhadapan dengan kesukaran mendapatkan nafkah, berdepan dengan halangan dalam proses mahkamah dan mendapatkan jalan dan penyelesaian yang berkesan.

“Data ini bukan sekadar angka. Ini adalah pengalaman sebenar wanita yang direkodkan tahun demi tahun. Apabila isu yang sama terus berulang sepanjang satu dekad dan turut tercatat dalam pelbagai dapatan nasional yang lain, ia perlu diberi perhatian serius dalam usaha memperbaiki dasar, amalan dan tanggungjawab institusi.”

Perkhidmatan Telenisa telah menerima sokongan daripada Yayasan Sime Darby sepanjang 10 tahun yang lalu, membolehkan SIS Forum (Malaysia) terus menyediakan maklumat undang-undang, khidmat nasihat guaman dan rujukan kepada wanita Muslim yang memerlukan bantuan berkaitan undang-undang keluarga Islam.

Kerjasama jangka panjang ini telah menyumbang kepada proses dokumentasi pengalaman wanita dan data yang dapat menyokong usaha pembaharuan undang-undang, pembangunan dasar awam dan penambahbaikan institusi.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sime Darby Dr Yatela Zainal Abidin berkata: “Capaian kepada keadilan bukan sekadar isu perundangan, tetapi berkait rapat dengan kesejahteraan, keselamatan dan harga diri wanita, kanak-kanak serta keluarga.

“Yayasan Sime Darby berbangga dapat memberi sokongan kepada Klinik Bantuan Guaman Telenisa sejak tahun 2016 dengan komitmen melebihi RM2.5j bagi memastikan khidmat nasihat guaman percuma terus dapat dinikmati oleh mereka yang memerlukannya.

“Sepanjang tempoh tersebut, Telenisa telah membantu lebih daripada 4,500 individu, menjangkau lebih 50,000 orang melalui program kesedaran dan jangkauan komuniti, serta melatih lebih 230 peguam dalam latihan yang bakal menyumbang kepada profesion guaman negara.”

“Selain memberikan bantuan secara langsung, Telenisa juga telah berkembang menjadi platform advokasi berasaskan pengalaman dan bukti. Melalui proses dokumentasi pengalaman sebenar dan cabaran berulang yang dihadapi wanita, penerbitan ini menyediakan maklumat yang bernilai untuk menyokong wacana awam, perbincangan dasar dan usaha berterusan untuk memperkukuhkan sistem perundangan Syariah serta akses kepada keadilan.”

Banyak isu yang direkodkan oleh Telenisa sepanjang sedekad lalu turut dikenal pasti oleh pangkalan data kerajaan, perbahasan Parlimen dan pelbagai kajian rasmi berkaitan kesejahteraan keluarga, penguatkuasaan nafkah, keganasan rumah tangga serta capaian kepada keadilan.

Persamaan dapatan ini menunjukkan bahawa isu yang dibangkitkan oleh wanita melalui Telenisa bukanlah kes terpencil, malah mencerminkan cabaran yang lebih luas dan memerlukan perhatian berterusan daripada pembuat dasar serta institusi berkaitan.

Salah satu isu yang penting dalam dapatan Telenisa ialah nafkah dan sokongan kewangan selepas perceraian. Ramai wanita melaporkan kesukaran mendapatkan perintah nafkah, menguatkuasakan perintah yang telah diberikan mahkamah serta memperoleh sokongan kewangan yang sewajarnya untuk anak-anak mereka.

Keadaan ini menyebabkan wanita dan anak-anak sering berdepan dengan tekanan kewangan yang berterusan. Ini menunjukkan keperluan untuk memperkukuhkan mekanisme pematuhan dan penguatkuasaan perintah mahkamah.

Dapatan ini juga mengukuhkan tuntutan yang telah lama dibangkitkan demi mewujudkan pendekatan yang lebih berkesan dan selaras dalam penguatkuasaan nafkah.

Cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam penerbitan 10 Tahun (2016-25) berasaskan bukti, pemerhatian serta pengalaman yang dikumpulkan sepanjang satu dekad untuk membantu wanita di Malaysia.

Cadangan tersebut merangkumi usaha memperkukuhkan akses kepada keadilan, menambah baik penguatkuasaan nafkah, meningkatkan literasi dan capaian kepada maklumat perundangan, memperkukuhkan tanggungjawab institusi serta memastikan pentadbiran undang-undang keluarga Islam yang selari dengan prinsip keadilan, kesaksamaan dan melindungi kebajikan keluarga.

Majlis pelancaran turut membentangkan Dapatan 10 Tahun (2016–2025) dan Statistik dan Dapatan Telenisa 2025, diikuti forum bertajuk 10 Tahun Penerbitan Telenisa: Memperkasa Akses kepada Keadilan dan Pembaharuan Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia, yang membincangkan langkah-langkah ke arah sistem sokongan yang lebih responsif dan berkesan untuk wanita dan keluarga.

Ketika Malaysia terus berusaha menangani pelbagai isu berkaitan kesejahteraan keluarga, keselamatan ekonomi dan akses kepada keadilan, penerbitan Telenisa menawarkan sumber rujukan yang penting kepada pembuat dasar, pihak berkuasa agama, pengamal undang-undang dan organisasi masyarakat sivil dalam merangka pembaharuan berasaskan data dan maklumat. – SIS Forum

English version

Muslim women are still battling to demand Sharia justice

On 18 June, SIS Forum (Malaysia) launched 10 Years of Telenisa (2016-2025), together with the Telenisa Statistics and Findings 2025 publication, marking 10 years of published findings documenting the experiences of Muslim women navigating the Sharia legal system and highlighting areas where legal, policy and institutional reforms remain necessary.

The launch brought together policymakers, legal practitioners, researchers, civil society representatives and members of the public to reflect on findings gathered through Telenisa, SIS Forum (Malaysia)’s free legal advice service.

The event was officiated by Nurul Syazwani Noh, the Selangor state assembly member for Permatang, and featured special remarks by Seputeh MP Teresa Kok, alongside representatives from Yayasan Sime Darby and SIS Forum (Malaysia).

Officiating at the launch, Nurul Syazwani said: “The experiences documented through Telenisa over the past 10 years provide valuable insights into the realities faced by many women and families.

“Evidence-based discussions such as these are important in strengthening policies, improving institutional responses and ensuring that access to justice remains at the centre of efforts to support family wellbeing and social development.”

She added that the findings contribute meaningfully to ongoing conversations on improving legal and institutional frameworks affecting women and children.

Established in 2003, Telenisa provides legal information, guidance and referrals to Muslim women facing issues related to marriage, divorce, maintenance, child custody, domestic violence and other matters under Islamic family law.

Since 2016, SIS Forum (Malaysia) has systematically documented Telenisa enquiries, producing annual statistics and findings publications that provide valuable insight into the realities faced by women seeking justice through the Sharia legal system.

The findings gathered over the past 10 years reveal recurring patterns that point not only to individual disputes but also to broader structural and institutional challenges affecting access to justice.

Among the issues most frequently raised through Telenisa are difficulties in obtaining and enforcing maintenance orders, delays and procedural barriers in court processes, inconsistencies in the implementation of Islamic family law across states, limited awareness of legal rights and remedies, and the continuing impact of domestic violence and financial insecurity.

Speaking at the launch, Rozana Isa, the executive director of SIS Forum (Malaysia), said the findings demonstrate that many of the challenges experienced by Muslim women are not isolated incidents but recurring issues requiring sustained policy attention.

“Ten years of Telenisa data tell a consistent story. Women continue to face barriers in obtaining maintenance, navigating court processes and securing effective remedies. These findings are not merely statistics; they represent lived experiences that have been documented year after year.

“When the same issues continue to emerge across 10 years of evidence and are reflected in broader national findings, they must be taken seriously in efforts to improve policy, practice and institutional accountability.”

The Telenisa service has been supported by Yayasan Sime Dardy over the past 10 years, enabling SIS Forum (Malaysia) to continue providing legal information, guidance and referrals to Muslim women seeking assistance on matters related to Islamic family law.

This long-standing partnership has contributed to the documentation of women’s experiences and the generation of evidence needed to inform legal reform, public policy and institutional improvements.

Dr Yatela Zainal Abidin, the CEO of Yayasan Sime Darby, said: “Access to justice is not only a legal issue, but closely linked to the wellbeing, safety and dignity of women, children and families.

“Yayasan Sime Darby is proud to have supported the Telenisa legal clinic since 2016, with a commitment of more than RM2.5m to ensure free legal advice continues to reach those who need it most.

“Over the past decade, Telenisa has assisted more than 4,500 individuals, reached over 50,000 people through awareness and community outreach programmes, and trained more than 230 chambering students who will contribute to the future of Malaysia’s legal profession.”

“Beyond direct assistance, Telenisa has become an important evidence-based advocacy platform. By documenting real experiences and recurring challenges faced by women, these publications provide valuable insights to support public discourse, policy discussions and continued improvements in the Sharia legal system and access to justice.”

Importantly, many of the issues identified through Telenisa over the past 10 years mirror concerns that have also been recognised through government data, parliamentary discussions and official studies relating to family wellbeing, maintenance enforcement, domestic violence and access to justice.

The consistency of these findings reinforces the value of Telenisa as a source of evidence and highlights the importance of ensuring that women’s lived experiences are taken into consideration in ongoing policy development, institutional improvements and legal reform efforts.

One of the most significant issues highlighted through Telenisa remains maintenance and financial support. Women frequently report difficulties in obtaining maintenance orders, enforcing existing orders and securing financial support for their children following divorce.

These challenges often leave women and children vulnerable to prolonged financial hardship and highlight the need for stronger mechanisms to ensure compliance with court orders. The findings also reinforce long-standing calls for more effective and coordinated approaches to maintenance enforcement.

The recommendations contained in 10 Years of Telenisa (2016-2025) are grounded in 10 years of empirical evidence and practical experience assisting women across Malaysia.

They call for reforms aimed at strengthening access to justice, improving maintenance enforcement, enhancing legal literacy and information, strengthening institutional accountability, and ensuring that the administration of Islamic family law better fulfils its objectives of justice, fairness and the protection of family welfare.

The launch also featured presentations on the findings from 10 Years of Telenisa (2016-2025) and Telenisa Statistics and Findings 2025, followed by a forum discussion titled 10 years of Telenisa Publications: Empowering Access to Justice and Reforming Islamic Family Law in Malaysia, which explored pathways towards more responsive and effective systems of support for women and families.

As Malaysia continues to address issues relating to family wellbeing, economic security and access to justice, the Telenisa publications provide an important resource for policymakers, religious authorities, legal practitioners and civil society organisations seeking evidence-based approaches to reform. – Telenisa, SIS Forum

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Aliran ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description