Pekerja hospital didakwa masak, makan mayat manusia

12 hours ago

Pekerja hospital didakwa masak, makan mayat manusia
BUDAPEST – Seorang pekerja hospital di Hungary ditahan selepas didakwa menyimpan bahagian tubuh manusia, malah mengaku memasak serta memakan sebahagian daripada mayat tersebut, menurut pihak berkuasa.Polis di Budapest menahan lelaki berusia 30 tahun itu minggu lalu selepas menerima maklumat bahawa dia menyimpan bahagian tubuh manusia secara haram.Hasil serbuan ke atas apartmennya menemukan koleksi mengerikan yang merangkumi beberapa tengkorak manusia, sepotong tangan, bahagian kaki dari lutut ke bawah serta wajah yang dibentuk semula menggunakan kulit manusia.Namun, dakwaan paling mengejutkan muncul ketika sesi soal siasat apabila suspek dikatakan mengaku mempunyai minat yang luar biasa terhadap bahagian tubuh manusia.Menurut polis, lelaki itu mengaku menyediakan makanan menggunakan sebahagian daripada sisa mayat tersebut sebelum memakannya.Pihak berkuasa turut menemui tulang yang disimpan di dalam sebuah beg pakaian serta satu organ jantung yang diawet dalam balang.Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan bagi menentukan sama ada organ tersebut milik manusia atau haiwan.Menurut penyiasat, suspek dipercayai memperoleh sebahagian daripada sisa mayat itu melalui pekerjaannya di hospital, manakala selebihnya digali dari tanah perkuburan lama yang terbiar di Hungary dan negara jiran, Slovakia.Lelaki itu kini ditahan atas syak wasangka menggunakan sisa mayat manusia secara haram.Polis bagaimanapun memaklumkan bahawa pertuduhan tambahan mungkin dikenakan selepas pakar forensik mengenal pasti asal-usul semua bahagian tubuh manusia yang ditemui.Siasatan lanjut masih diteruskan bagi menentukan sama ada terdapat unsur jenayah lain yang berkaitan dengan kes tersebut. - Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description