Amanz

9 hours ago

Amanz
Cip paling maju di pasaran sekarang menggunakan teknologi 2nm. Dengan teknologi ini peningkatan kuasa, kepantasan dan penjimatan penggunaan tenaga dapat dinikmati. Hari ini IBM kejayaan mereka menghasilkan cip dengan teknologi bawah 1 nm buat pertama kali dalam sejarah.

IBM mendakwa pencapaian teknologi 0.7 nm (7 angstrom) pertama di dunia ini dicapai menggunakan seni bina nanostack. Hampir 100 bilion transistor telah dimuatkan ke dalam cip sebesar kuku manusia yang bersamaan dua kali ganda ketumpatan teknologi 2nm IBM sebelum ini. Hasilnya menurut IBM peningkatan prestasi sehingga 50% dan kecekapan penggunaan tenaga meningkat sehingga 70%.

Untuk merealisasikan teknologi ini, IBM bekerjasama dengan ASML, Lam Research Corp. Tokyo Electron dan SCREEN Semiconductor Solutions, Ltd membangunkan teknologi baharu High Numerical Aperture Extreme Ultraviolet (High NA EUV).

Walaupun teknologi sub 1nm sudah dibangunkan, ia masih belum sedia untuk dikomersialkan. IBM tidak mempunyai faundri sebaliknya akan melesenkan inovasi mereka kepada syarikat yang berminat. Cip 7 angstrom ini mungkin hanya akan mula ke pasaran dalam tempoh 5-10 tahun lagi.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description