Grab naikkan unjuran pendapatan, jualan tahunan meskipun berdepan kenaikan kos bahan api
10 hours ago
GRAB Holdings Ltd menaikkan unjuran pendapatan dan jualan bagi tahun ini susulan permintaan kukuh terhadap perkhidmatan e-panggilan dan penghantaran di Asia Tenggara yang membantu mengurangkan kesan kenaikan harga bahan api akibat konflik di Asia Barat.Syarikat tersebut kini mengunjurkan pendapatan larasan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) antara AS$720 juta hingga AS$740 juta bagi tahun ini, manakala jualan dijangka mencecah sehingga AS$4.15 bilion.Sebelum ini pada Mei, Grab mengunjurkan EBITDA larasan sehingga AS$720 juta dengan jualan sehingga AS$4.1 bilion.Kenaikan harga bahan api telah menyebabkan tambang e-panggilan dan caj penghantaran di Asia Tenggara meningkat sekali gus memberi tekanan kepada permintaan terhadap Grab yang berpangkalan di Singapura serta syarikat pesaing.Bagi mengurangkan impak tersebut, syarikat platform menawarkan pelbagai insentif kepada pemandu dan pengguna, namun langkah itu berisiko menjejaskan margin keuntungan yang sememangnya kecil.Dalam masa sama, Grab terus berdepan persaingan sengit daripada syarikat seperti GoTo Group serta pendatang baharu Green & Smart Mobility JSC di pasaran utama termasuk Indonesia dan Vietnam.Uber Technologies Inc., yang merupakan antara penyokong Grab, turut dilihat berpotensi menjadi pencabar sekiranya pengambilalihan Delivery Hero SE membuka laluan kepada Uber Eats untuk kembali beroperasi di Asia Tenggara.Bagi mengukuhkan kedudukan pasarannya, Grab sedang mengintegrasikan operasi Foodpanda di Taiwan yang diperoleh daripada Delivery Hero pada awal tahun ini.Selain itu, Grab turut memperkenalkan beberapa produk baharu termasuk pembantu maya berasaskan kecerdasan buatan (AI) serta ciri perkongsian tambang bersama rakan bagi menarik lebih ramai pengguna ketika ekonomi berkembang perlahan.Pada masa sama, syarikat itu meneruskan pengembangan dalam sektor teknologi kewangan (fintech) bagi memanfaatkan pangkalan pengguna sedia ada.Saham Grab telah susut kira-kira 26 peratus sepanjang tahun ini dan merosot lebih 50 peratus sejak penyenaraiannya di Bursa Saham New York pada penghujung 2021. Pada masa sama, lembaga pengarah syarikat meluluskan tambahan pembelian semula saham bernilai AS$750 juta.Bagi suku kedua berakhir Jun, Grab mencatatkan pendapatan bersih sebanyak AS$252 juta berbanding AS$35 juta dalam tempoh sama tahun lalu. Hasil bersih pula meningkat 22 peratus kepada AS$997 juta.Grab turut berdepan cabaran baharu di Indonesia susulan keputusan kerajaan negara itu mengurangkan kadar maksimum komisen bagi perkhidmatan motosikal kepada lapan peratus daripada sekitar 20 peratus sebelum ini.Bagaimanapun, syarikat tersebut memaklumkan bahawa penunggang motosikal di Indonesia hanya menyumbang kurang daripada enam peratus daripada jumlah volum perniagaan bagi operasi mobilitinya.Penganalisis Bloomberg Intelligence, Jason Low berkata, cadangan Grab untuk mengambil alih perniagaan Foodpanda di Taiwan menerusi urus niaga bernilai AS$600 juta masih belum dimuktamadkan selepas Suruhanjaya Perdagangan Adil Taiwan menangguhkan keputusan sehingga Oktober 2026.Menurutnya, pengambilalihan Delivery Hero oleh Uber tidak melibatkan perniagaan Foodpanda di Taiwan yang gagal diambil alih Uber pada 2024."Oleh itu, sama ada kemasukan Grab atau Foodpanda Taiwan yang terus beroperasi secara berasingan berpotensi mengekalkan struktur pasaran duopoli yang sedia ada."Penyatuan Superbank pada Mei dijangka meningkatkan hasil segmen perkhidmatan kewangan, namun sumbangan selama dua bulan berkemungkinan tidak mencukupi untuk mengimbangi kerugian segmen tersebut," katanya. ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

