Meluluskan undang-undang dana pembangunan kawasan yang saksama adalah demi maslahat PH / A law for fairer constituency allocations would be in PH's self-interest

8 hours ago

Meluluskan undang-undang dana pembangunan kawasan yang saksama adalah demi maslahat PH / A law for fairer constituency allocations would be in PH's self-interest

[ENGLISH VERSION BELOW] Projek Kestabilan and Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek Sama) menggesa kerajaan Madani dan semua kerajaan negeri agar membentangkan undang-undang dana pembangunan kawasan (constituency development funds) yang saksama dalam sidang legislatif yang akan datang – bermula dengan Dewan Rakyat pada Oktober ini. 

Ekoran tamparan pilihan raya di Johor dan Negeri Sembilan baru-baru ini, Pakatan Harapan harus menyedari bahawa penggubalan undang-undang dana pembangunan kawasan yang saksama adalah demi kepentingan politiknya sendiri bagi jangka panjang.

Sekiranya PH kembali menjadi pembangkang selepas pilihan raya yang akan datang, keupayaan Ahli Parlimen and ahli dewan undangan negeri mereka untuk berkhidmat di kawasan pilihan raya akan dilumpuhkan secara serius di bawah kerajaan dominasi Umno-Pas.

Kelulusan akta jamin akses dana pembangunan kawasan secara saksama di Dewan Rakyat serta dewan negeri Selangor dan Pulau Pinang bukan satu kompromi. Sebaliknya, ia adalah langkah membeli insurans politik ibarat sediakan payung sebelum hujan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mesti mengikis mentaliti lapuk ala Umno bahawa penyekatan dana pembangunan kawasan boleh menundukkan wakil rakyat parti pembangkang mahupun wakil rakyat kerajaan yang berjiwa Jebat.

Tanpa menunggu rang undang-undang dibentangkan dan diluluskan dalam sidang Parlimen akan datang bermula Oktober ini, Anwar sepatutnya segera memulihkan akses dana pembangunan kawasan bagi AP Subang dan Petaling Jaya.

Hujah Anwar bahawa AP boleh dilangkau agar dana pembangunan kawasan disalurkan “terus kepada rakyat” adalah karut sama sekali. Jika perkara itu benar, mengapa PH menuntut dana pembangunan kawasan saksama untuk AP dalam Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan kerajaan Ismail Sabri Yaakob pada tahun 2021?

Dana awam adalah milik rakyat – bukan milik perdana menteri, parti politik, mahupun gabungan yang memerintah. Dana pembangunan kawasan yang saksama bukanlah satu keistimewaan yang boleh diagihkan mengikut selera eksekutif.

Ia merupakan hak setiap wakil rakyat yang dipilih serta rakyat di kawasan pilihan raya yang mereka wakili.

Penggubalan undang-undang dana pembangunan kawasan yang saksama bakal memastikan bahawa peruntukan bagi mempercepatkan projek infrastruktur kecil dan bantuan kebajikan kawasan dikendalikan oleh wakil rakyat yang dipilih secara demokratik tanpa mengira parti politik mereka.

Selain mewujudkan medan persaingan yang saksama demi demokrasi Malaysia, undang-undang ini juga mampu menjadikan perbelanjaan sedemikian lebih telus dan berakauntabiliti.

Diskriminasi peruntukan terhadap AP dan ahli dewan negeri adalah salah dari empat sudut utama.

Pertama, ia merupakan satu bentuk kebejatan politik (political corruption) kerana menjadikan dana awam sebagai habuan parti, sekali gus menjadikan sumber kerajaan sebagai senjata demi faedah partisan.

Kedua, ia berisiko menghidupkan semula dominasi satu parti (one-party dominance). Dengan merencatkan keupayaan wakil rakyat pembangkang secara sistematik, gabungan pemerintah secara sistemik melumpuhkan persaingan pelbagai parti di peringkat persekutuan mahupun negeri.

Ketiga, ia secara tidak langsung mendorong radikalisasi dalam kalangan pembangkang. Apabila wakil rakyat pembangkang yang bersikap sederhana disekat peruntukan, mereka mudah dipinggirkan dalam persaingan antara dan dalam parti. Sungguhpun kelompok tegar juga tidak dapat memberikan perkhidmatan kepada pengundi, mereka akan mengatasi kekurangan dana ini dengan beralih kepada ketaasuban perkauman serta perlumbaan retorik perkauman demi kekal popular.

Keempat, ia secara langsung menggalakkan tindakan lompat parti de facto, sekali gus menjejaskan kestabilan politik. Dengan menjadikan dana pembangunan kawasan sebagai senjata politik, pihak eksekutif mengumpan wakil rakyat pembangkang untuk mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan sebagai tukaran kepada peruntukan – seperti yang terbukti melalui tindakan enam AP dan seorang ahli dewan negeri Selangor yang beralih sokongan kepada PH pada tahun 2023-24 sambil mengekalkan kerusi mereka. Tindakan ini mengkhianati mandat rakyat dan melumpuhkan undang-undang anti-lompat parti (Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan serta peruntukan berkaitan dalam perlembagaan-perlembagaan negeri).

Amalan pengagihan dana pembangunan kawasan secara berbeza amat ketara di 13 buah negeri di Malaysia.

Sementara Perak dan Kelantan menyerlah kerana menyediakan peruntukan saksama kepada ahli dewan kerajaan dan pembangkang, kebanyakan kerajaan negeri lain memperuntukkan jumlah yang jauh lebih rendah atau hampir tiada langsung kepada ahli dewan negeri dari pembangkang.

Sarawak mencatatkan jurang ketimpangan paling ekstrem dalam isu ini, dengan memperuntukkan RM8j setahun kepada setiap ahli dewan negeri kerajaan tetapi RM0 kepada wakil rakyat pembangkang.

Projek Sama menyanjung dasar kerajaan negeri Perak pimpinan Umno-PH di bawah Menteri Besar Saarani Mohamad dan kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas di bawah Menteri Besar Nassuruddin Daud yang menghormati dana awam dan persaingan pelbagai parti. Namun begitu, dasar pentadbiran sedemikian mudah diubah atau dibatalkan oleh kerajaan akan datang.

Kami menggesa menteri besar Saarani and Nassuruddin untuk melangkah lebih jauh dalam membuktikan kepimpinan demokratik dengan mengkanunkan pengagihan dana pembangunan kawasan saksama ke dalam undang-undang negeri, sekali gus menetapkan tanda aras baharu yang boleh dicontohi oleh seluruh negara. – Projek Sama

English version

Passing equitable constituency development fund laws is in PH’s self-interest

Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek Sama) calls upon the Madani government and all other state governments to table legislation for equitable constituency development funds in their upcoming legislative sessions – starting with the sitting of the House of Representatives this October. 

After its electoral setbacks in Johor and Negeri Sembilan, Pakatan Harapan must recognise that enacting laws for equitable constituency development funds is in its long-term self-interest.

Should PH end up on the opposition bench after the next election, its MPs and state assembly members will be severely handicapped in constituency service under an Umno-Pas dominated government.

Passing equitable constituency development funds laws in the House of Representatives and in Selangor and Penang is not a concession. Instead, it is buying political insurance for rainy days ahead.

Prime Minister Anwar Ibrahim must abandon the outdated Umno-style mentality that withholding constituency development funds can force opposition or dissident lawmakers into submission.

Without waiting for the bill to be tabled and passed in the next parliamentary session starting October, Anwar should immediately restore access to constituency development funds for the Subang and Petaling Jaya MPs.

Anwar’s defence – that the MPs can be bypassed for the constituency development funds to go ‘directly to the people’ – is completely absurd. If this were to be true, why did PH explicitly demand equal constituency development funds for MPs in its 2021 Memorandum of Understanding (MoU) with the Ismail Sabri Yaakob government?

Public funds belong to the people – not to prime ministers, political parties or ruling coalitions. Equitable constituency development funds are not a privilege to be dispensed at executive whim. They are the right of every elected representative and the constituents they serve.

Enacting legislation for equitable constituency development funds will ensure that allocations to expedite local mini-infrastructure projects and constituency welfare support are handled by democratically elected lawmakers, regardless of political party affiliation.

Besides establishing a level playing field for Malaysian democracy, the legislation can also make such spending more transparent and accountable.

Funding discrimination against opposition lawmakers is wrong on four fundamental counts.

First, it constitutes a form of political corruption by converting public money into party favours, thus weaponising state resources for partisan advantage.

Second, it risks reviving one-party dominance. By systematically handicapping opposition lawmakers, the ruling coalition structurally undermines multi-party competition at both federal and state levels.

Third, it unintentionally radicalises the opposition. When moderate opposition lawmakers are denied funding, they cannot deliver service to their constituents and risk losing out internally. In response, ideological hardliners are incentivised to compensate for their financial disadvantage by resorting to communal bigotry and outbidding to stay politically popular.

Fourth, it directly incentivises de facto ‘party hopping’, breeding political instability. By weaponising constituency funds, the executive entices opposition lawmakers to pledge government support in exchange for allocations – as demonstrated by the six MPs and a Selangor state assembly member (the Bersatu seven) who shifted allegiance to PH in 2023-24 while retaining their seats, thereby betraying the voters’ mandate and hollowing the ‘anti-hopping’ laws (Article 49A of the Federal Constitution and similar state constitutional provisions).

Constituency development fund practices significantly vary across Malaysia’s 13 states.

While Perak and Kelantan stand out for providing equitable allocations to both government and opposition members, most other state governments allocate significantly less or almost no funds to opposition state assembly members.

Sarawak represents the most extreme case of this disparity, giving a whopping RM8m annually to each government assembly member while allocating nothing to opposition members.

Projek Sama commends the Umno-PH helmed Perak state government under Menteri Besar Saarani Mohamad and the Pas-helmed Kelantan state government under Menteri Besar Nassuruddin Daud for respecting public funds and multi-party fairness. However, administrative policy can easily be reversed by future governments.

We urge menteris besar Saarani and Nassuruddin to take their democratic leadership a step further by codifying equitable constituency development funds into state law, setting an undeniable precedent for the rest of Malaysia to follow. – Project Sama

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Aliran ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description