EBENE rakan utama Sky Race 2026, galak penjagaan dan pemulihan lutut

10 hours ago

EBENE rakan utama Sky Race 2026, galak penjagaan dan pemulihan lutut
EBENE Bio-Ray Healthcare terus memperkukuh komitmennya membantu rakyat Malaysia bergerak dengan lebih yakin menerusi penyertaan sebagai Rakan Utama dan Rakan Sokongan Lutut Rasmi Sky Race 2026.EBENE dalam satu kenyataan berkata, kerjasama itu menjadi aktivasi kelima inisiatif 'Move with EBENE' yang memberi fokus kepada galakan gaya hidup aktif, penjagaan lutut secara proaktif, penggunaan sokongan yang bersesuaian dan pemulihan.Menurutnya, Sky Race 2026 yang berlangsung pada 22 dan 23 Ogos di Stadium Merdeka menarik kira-kira 8,000 peserta terdiri daripada pelari dan peminat kecergasan."Bagi menyokong peserta selepas cabaran larian menara, EBENE menyediakan Zon Pemulihan Sukan yang menawarkan urutan sukan serta sesi regangan berpandu."Inisiatif berkenaan memberi peluang kepada peserta untuk melakukan regangan, mendapatkan pemulihan dan mengembalikan tenaga selepas menyelesaikan cabaran pendakian yang mencabar."Pada acara sama, EBENE turut mencuba mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori 'Penyertaan Teramai dalam Sesi Pemulihan Sukan'," katanya dalam satu kenyataan.Tambah EBENE, usaha itu bertujuan menggalakkan peserta melihat pemulihan sebagai komponen penting dalam gaya hidup aktif dan bukan sekadar memberi tumpuan kepada kejayaan melepasi garisan penamat.Selain itu menurut EBENE, sepanjang Sky Race 2026, peserta turut berpeluang mencuba rangkaian sokongan lutut dan kompresi yang direka bagi memenuhi keperluan mobiliti serta tahap aktiviti yang berbeza."Rangkaian sokongan lututnya mempunyai keberkesanan yang diuji secara klinikal bagi membantu mengurangkan sakit lutut selepas satu jam penggunaan, sekali gus menyokong usaha penjagaan lutut secara proaktif."Berpengalaman selama 30 tahun dalam kategori sokongan penjagaan kesihatan, EBENE menyasarkan untuk menjadikan penjagaan sendi dan pemulihan sebahagian daripada rutin gaya hidup aktif serta menggalakkan rakyat Malaysia terus bergerak dengan yakin," ujarnya.Sementara itu, Pengarah Pemasaran dan E-Dagang EBENE, Saki Goh berkata, pergerakan bukan hanya berkaitan sejauh atau sepantas seseorang bergerak."Ia sebaliknya penjagaan dan pemulihan turut perlu diberi perhatian."Penjagaan lutut, penggunaan sokongan yang betul dan memberi masa secukupnya kepada tubuh untuk pulih adalah sama penting, terutama bagi mereka yang mahu mengekalkan aktiviti seperti berlari dalam jangka panjang," ulasnya....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description