Nurul Qistina kritikal terlanggar pokok tumbang
10 hours ago
KOTA BHARU - Seorang gadis berada dalam kritikal dan tidak sedarkan diri selama dua hari selepas motosikal ditungganginya terlanggar pokok tumbang di Gaal, Pasir Puteh, Sabtu lalu.Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Nurul Qistina Alia Muhammad Kamarul, 20, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Machang selepas keluar ke rumah rakannya kira-kira jam 7.30 malam.Bapanya, Muhammad Kamarul Che Zahari, 47, berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, pokok berkenaan dipercayai sudah tumbang di atas jalan sebelum motosikal yang ditunggang anaknya melanggarnya."Masa tu dia naik motosikal dengan kawan dan sampai di selekoh, gelap terus terlanggar pokok serta katanya terperosok di bawah batang pokok."Kawasan itu baru lepas ribut dan hujan lebat," katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini pada Isnin.Muhammad Kamarul berkata, anak kedua daripada lima beradik itu mulanya dibawa ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk mendapatkan rawatan."Selepas itu dia dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian buat x-try sebelum dirujuk ke HRPZ II bagi mendapatkan rawatan pakar."Dia mengalami kecederaan dalam kepala dan bibirnya turut dijahit," katanya.Menurutnya, anaknya itu berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri selama dua hari sebelum doktor menghubunginya pagi tadi untuk melihat perkembangan mangsa."Doktor telefon suruh datang tengok dia. Apabila saya sampai, dia sudah sedar dan saya sangat bersyukur."Bagaimanapun, dia masih dirawat di Unit Rawatan Rapi dan dipantau rapi oleh doktor," katanya.Muhammad Kamarul bekerja mengambil upah membuat padi, menggali kubur dan melakukan kerja kampung dengan pendapatan sekitar RM50 sehari manakala isterinya, Nurul Erma Zulaina Abdul Razak, 39, tidak bekerja.Seorang daripada lima anak mereka masih bersekolah manakala bongsu baru berusia setahun tiga bulan.Katanya, dia turut berdepan kekangan kewangan untuk berulang-alik ke hospital."Kami tidak cukup kewangan untuk berulang-alik dan setakat ini kira-kira RM400 bil termasuk pemeriksaan X-ray di HUSM."Saya juga baru tiga hari ambil upah RM50 sehari bagi kerja membuat siling kapur tapi tak dapat teruskan dan tak ada pendapatan kerana perlu menunggu dia hospital," katanya.Bagi yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional Muhammad Kamarul Che Zahari 03013-41-00013459-3. ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

