256 peserta sahut cabaran Ehsan Unity Hunt 2026
1 day ago
SHAH ALAM – Seramai 256 peserta menyertai Ehsan Unity Hunt 2026 'Kita Malaysia' anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menggabungkan konsep pencarian harta karun dan 'Amazing Race' menerusi pelbagai cabaran di lima lokasi sekitar Selangor.Program julung kali diadakan itu membabitkan 64 kumpulan terdiri daripada 176 peserta kategori terbuka dan 80 peserta kategori media dengan setiap kumpulan dianggotai empat peserta menggunakan sebuah kenderaan.Pelepasan peserta di Wisma PKPS disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Datuk Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi sebelum mereka meneruskan cabaran melibatkan 13 aktiviti.Mohamad Khairil berkata, program berkenaan merupakan pendekatan baharu PKPS untuk mendekati masyarakat selain memperkenalkan jenama Ehsan menerusi pengalaman lebih interaktif."Ehsan Unity Hunt 2026 bukan sekadar aktiviti santai dan rekreasi, tetapi menjadi platform untuk kita mendekati komuniti, memperkenalkan jenama Ehsan dan pada masa sama mengeratkan hubungan dengan rakan media serta rakan strategik."Sebagai penganjuran sulung, kita mahu peserta merasai sesuatu yang berbeza. Dalam masa sama, mereka berpeluang mengenali lokasi operasi PKPS dan produk Ehsan melalui aktiviti yang menyeronokkan, mencabar serta memerlukan kerjasama berpasukan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Lima lokasi yang terlibat ialah Wisma PKPS, Decathlon Shah Alam, Ehsan Mart Seksyen 9, Pasar Borong Selangor dan Selangor Fruit Valley.Sepanjang program, peserta perlu menyelesaikan pelbagai cabaran antaranya 'Shoot the Target', 'Slow Cycle', pembelian barangan Ehsan, membuat cendol, menganyam ketupat, memanah dan 'Fear Factor'.Aktiviti berkenaan menguji ketangkasan, kemahiran, kreativiti serta semangat berpasukan peserta bagi melengkapkan setiap cabaran.Program itu turut menawarkan hadiah bagi kategori terbuka dan media selain 40 hadiah cabutan bertuah hasil sumbangan PKPS dan rakan strategik.Dalam pada itu, Mohamad Khairil berkata, sokongan rakan media dan strategik memainkan peranan penting dalam menjayakan penganjuran tersebut."Kerjasama daripada rakan media dan rakan strategik amat kita hargai. Sokongan ini bukan sahaja membantu menjayakan program, malah memberi peluang kepada kita untuk berinteraksi dengan masyarakat dan membina hubungan lebih dekat."Kita berharap Ehsan Unity Hunt ini dapat menjadi satu platform untuk PKPS mendekati komuniti dan membuka lebih banyak ruang kerjasama pada masa akan datang," katanya.Program berakhir dengan majlis penutup di Selangor Fruit Valley, Bestari Jaya yang turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang serta cabutan bertuah....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

