Lion Parcel perluas operasi ke Malaysia
20 hours ago
SHAH ALAM - Malaysia dipilih sebagai destinasi pertama bagi peluasan operasi dalam jaringan pasaran antarabangsa Lion Parcel, penyedia perkhidmatan logistik yang berpangkalan di Indonesia kerana kedudukannya yang strategik sebagai hab serantau.Pembukaan pejabat antarabangsa Lion Parcel yang pertama di Subang Jaya, dijangka menghubungkan rangkaian logistik antara Malaysia, Indonesia dan pasaran antarabangsa lain, selain menyokong pertumbuhan segmen penghantaran perniagaan ke perniagaan serta pelanggan runcit.Kehadiran Lion Parcel di Malaysia disokong oleh ekosistem Lion Group, merangkumi udara melalui Batik Air Malaysia, yang kini menghubungkan lebih 60 destinasi di 20 negara, meliputi pasaran utama di Asia Tenggara, China, India, Australia serta destinasi serantau yang lain.Lion Parcel akan memanfaatkan rangkaian ini sebagai sebahagian daripada pembangunan operasinya, di samping memperluas hubungan penghantaran antara Malaysia, Indonesia dan pasaran antarabangsa yang lain.Lion Parcel turut disokong oleh Cargo Terminal Operator (CTO) yang dikendalikan oleh Batik Air Malaysia. Infrastruktur kargo bersepadu ini menjadi salah satu kelebihan utama Lion Parcel, dengan membantu mempercepatkan proses penghantaran melalui pengangkutan udara.Ketua Pegawai Eksekutif Lion Parcel, Farian Kirana berkata, kehadiran Lion Parcel bukan sekadar sebagai penyedia perkhidmatan logistik, tetapi juga sebagai pemangkin ekosistem yang menghubungkan perniagaan dengan lebih banyak peluang seiring perkembangan perdagangan mereka."Malaysia menjadi langkah awal penting dalam perjalanan antarabangsa Lion Parcel."Kami melihat peluang untuk memperluas akses kepada rangkaian dan hubungan logistik bagi perniagaan serta komuniti, sekali gus membantu mereka menggerakkan barangan dengan lebih cekap merentasi pasaran dan mencapai peluang yang lebih luas.Tambah Farian, kemasukan ke pasaran Malaysia turut mencerminkan komitmen Lion Parcel untuk terus berkembang sambil mengekalkan pendekatan kolaboratif."Kami percaya syarikat-syarikat dalam industri logistik boleh membangun bersama. Setiap pemain mempunyai peranan dalam membangunkan perkhidmatan logistik yang lebih baik."Kami terbuka untuk bekerjasama dengan pelbagai pemain industri dan rakan kongsi di Malaysia kerana pertumbuhan industri akanmewujudkan lebih banyak peluang untuk semua pihak," katanya.Sementara itu, Ketua Lion Parcel Malaysia, Alvin Williams berkata, syarikat melihat Malaysia bukan sekadar sebuah pasaran yang penting, malah sebagai lokasi strategik dalam landskap logistik serantau yang sentiasa berevolusi."Malaysia memainkan peranan penting dalam pembangunan hubungan logistik serantau, khususnya dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab serantau bagi kargo udara dan hab transit."Bagi kami, ini mewujudkan peluang untuk menghubungkan perkhidmatan logistik dengan rangkaian kargo udara yang lebih meluas dan seterusnya, menyokong kelancaran pergerakan barangan di antara Malaysia, Indonesia, serta pasaran antarabangsa yang lain," jelasnya. ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

