UMBC 2026 cipta dua rekod MBOR

13 hours ago

UMBC 2026 cipta dua rekod MBOR
SERI ISKANDAR - Penganjuran UiTM Marching Band Competition (UMBC) 2026 mencipta sejarah apabila meraih dua pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi penyertaan ratusan peserta di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak di sini.Dua pengiktirafan itu melibatkan kategori 'Most Participants in a Marching Band Competition' dengan penyertaan 693 peserta serta 'Most Marching Band Members in a Patriotic Song Performance (Negaraku)' membabitkan 686 ahli pancaragam.UMBC 2026 yang berlangsung selama empat hari bermula 15 September lalu dianjurkan bersempena sambutan Hari Malaysia dengan mengetengahkan tema ‘Melakar Sejarah, Menggema Patriotisme’.Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Profesor Dr Mohd Sazili Shahibi berkata, pencapaian berkenaan mencerminkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecemerlangan dalam kalangan mahasiswa.Menurutnya, pertandingan berkenaan turut membuktikan seni persembahan pancaragam mampu diketengahkan melalui gabungan disiplin, kreativiti, kepimpinan dan semangat kebangsaan.Kemuncak program menyaksikan dua sijil pengiktirafan MBOR disampaikan Pegawai Rasmi Malaysia Book of Records, Siti Hajar Johor kepada Mohd Sazili.Pengarah Pusat Kesatria dan Kokurikulum (PKeKO), Datuk Dr Hasrol Jono pula berkata, kejayaan itu hasil kerjasama UiTM Cawangan Perak, PKeKO, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), urus setia, jurulatih, pegawai pengiring, panel juri, sukarelawan serta kontinjen terlibat.Menurutnya, pencapaian tersebut turut didorong persediaan dan latihan peserta dalam memastikan setiap persembahan dapat dilaksanakan dengan baik.Sepanjang pertandingan, peserta berentap dalam beberapa kategori antaranya Percussion, Color Guard, Wind Ensemble, Drumline Battle serta beberapa kategori solo.Selain pertandingan, seramai 686 ahli pancaragam bergabung mempersembahkan lagu kebangsaan, Negaraku yang membawa kepada pengiktirafan MBOR.Pada pertandingan itu, Band of Spirit dari UiTM Shah Alam dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan UMBC 2026.Penganjuran UMBC 2026 turut dilihat sebagai platform memperkembangkan bakat mahasiswa dalam seni pancaragam selain menerapkan elemen disiplin, kerja berpasukan dan kepimpinan menerusi aktiviti kokurikulum....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description