Netanyahu, jangan memandai-mandai serang Iran - Eisenkot

12 hours ago

Netanyahu, jangan memandai-mandai serang Iran - Eisenkot
TEL AVIV - Ketua Parti Yashar, Gadi Eisenkot memberi amaran keras kepada Perdana Menteri sementara Israel, Benjamin Netanyahu supaya tidak mengeluarkan arahan tindakan ketenteraan yang tidak mendesak khususnya terhadap Iran ketika Tel Aviv masih dalam tempoh peralihan selepas pilihan raya.Amaran itu dibuat selepas Netanyahu didakwa sedang mempertimbangkan operasi ketenteraan baharu terhadap Teheran meskipun mendapat bantahan daripada beberapa ketua keselamatan.Laporan sebuah stesen TV tempatan pada Selasa menyebut Ketua Turus Angkatan Pertahanan Israel (IDF), Leftenan Jeneral Eyal Zamir sekali lagi membantah rancangan tindakan ketenteraan Netanyahu ke atas Iran.Zamir sebelum ini dilaporkan turut menentang cadangan serupa menjelang Pilihan Raya Umum pada 27 Oktober lalu berikutan kebimbangan kempen pencerobohan itu berisiko mencetuskan ketegangan lebih serius di tengah-tengah situasi tidak menentu di Asia Barat.Eisenkot pada Rabu turut menggesa Peguam Negara, Gali Baharav-Miara campur tangan bagi memastikan beliau menerima taklimat keselamatan secara berkala daripada Netanyahu.Beliau berkata, taklimat itu perlu disampaikan secara berkala, tersusun dan menyeluruh termasuk akses kepada penilaian. Pemimpin pembangkang itu mendakwa usaha pasukannya untuk mengatur sesi taklimat dengan kakitangan Netanyahu sebelum ini gagal.Beliau turut meminta Peguam Negara memastikan sebarang tindakan ketenteraan atau operasi dibincangkan dan mendapat kelulusan sewajarnya daripada Knesset (Parlimen) seperti yang diperuntukkan undang-undang. - Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description