Senator kulit hitam pertama Mississippi sejak 1874
11 hours ago
JACKSON - Calon Demokrat, Scott Colom menewaskan penyandang kerusi Republikan, Cindy Hyde-Smith di Mississippi dengan memperoleh 49.2 peratus berbanding 48.7 peratus diraih pesaingnya.Kemenangan itu menjadikan Colom sebagai senator kulit hitam pertama dari negeri selatan berkenaan sejak era Pembinaan Semula yang menyusul selepas Perang Saudara Amerika Syarikat (AS) lebih 140 tahun lalu.Colom, 43, yang merupakan pendakwa raya daerah turut mencipta sejarah sebagai calon Demokrat pertama memenangi kerusi Senat Mississippi sejak John Stennis pada 1982.Keputusan itu disifatkan sebagai kejutan besar di Mississippi yang merupakan kubu kuat Republikan, sekali gus menambah kekalahan besar dialami parti Presiden Donald Trump pada Pilihan raya Pertengahan Penggal pada 3 November lalu.Kemenangan di Mississippi memberikan Demokrat kelebihan 55 berbanding 44 kerusi di dewan itu manakala keputusan bagi satu lagi pertandingan kerusi Senat di Alaska masih belum dimuktamadkan.Demokrat turut memperoleh tambahan 42 kerusi di Dewan Perwakilan dengan parti itu kini menguasai 255 kerusi berbanding 168 milik Republikan manakala keputusan bagi 12 kerusi lagi masih belum dimuktamadkan.Kehilangan kawalan Republikan menyaksikan Trump berdepan Kongres yang dikuasai Demokrat buat kali pertama untuk baki penggal pemerintahannya.Persaingan kerusi Senat di Mississippi itu merupakan antara keputusan terakhir yang diumumkan kerana persaingan sengit antara kedua-dua calon.Calon kulit hitam terakhir yang dipilih ke Senat dari negeri itu ialah bekas hamba, Blanche Bruce pada 1874. - Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

