Tragedi Ironman Langkawi: Jenazah Muhaini Dikebumi Hari Ini

1 year ago

Tragedi Ironman Langkawi: Jenazah Muhaini Dikebumi Hari Ini

KUALA LUMPUR – Jenazah peserta Ironman Langkawi, Muhaini Datuk Dr Mahmud, 44 yang meninggal dunia lewat petang semalam akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, di sini selepas Zohor, hari ini. 

Sepupu Allahyarham, Radzlan Jalal menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan, Muhaini atau lebih dikenali sebagai Mui dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi semalam.  

“Inna lillahi wa inna ilaihirajiun…I could not hold my tears. My big sister Muhaini Mahmud just passed away. 

“Ya Allah ampunkanlah segala dosa Allahyarhamah dan ditempatkan di kalangan para solihin,” katanya. 

Katanya, jenazah Muhaini diterbangkan dari Langkawi pada jam 7 pagi tadi dan akan terus dibawa ke Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Jalan Maktab di sini. 

Allahyarham ialah pengasas Kiddocare, sebuah syarikat membekalkan perkhidmatan pengasuh secara harian di sekitar Lembah Klang, khusus membantu ibu bapa yang perlu menjalankan urusan harian, tetapi tidak mahu meletakkan anak mereka di pusat jagaan. 

Sementara itu, Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid turut tidak ketinggalan berkongsi kesedihan atas pemergian sahabat baiknya itu. 

Menerusi hantaran di Instagram, Nurulhidayah yang juga anak sulung kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu berkata, penantian penuh debaran sebaik mendapat tahu Allahyarham dimasukkan ke hospital rupanya berakhir dengan penuh kedukaan. 

“Dear Mui. It was a very long day to all of us. Waiting anxiously and deeply hurt with u leaving us too soon. Can't wait to see u esok (hari ini). Can't wait to kiss u n hug u for the last time. 

“Memang kita jarang jumpa macam circle of friends yg lain sbb I am too busy juggling with my work and family. Sorry Mui for not able to meet and always reschedule our 'dating'. Sorry Mui. You are such a darling to all of us. A superwoman. A fighter. A great mom to Mateen and most of all an awesome solehah daughter to ur parents. 

“I tak tahu mcmana I nak tengok muka your Mom and Dad esok. I am glad sebelum Allah jemput u, u dah lengkapkan Rukun Islam ke-5 with flying colours! Tiap2 Ramadan u khatam Quran. May Allah reward u with the highest Jannah tanpa hisab! Permudahkan urusan alam kubur u esok malam dan semoga Allah lapangkan dan terangkan kubur u atas segala kebaikan u semasa u hidup. Aaminnnnnn! 

"Mui sayang...u have been a great friend that anyone could wished for! Lama betul nak tunggu siang Mui. Al Fatihah to u Muhaini Mahmud," katanya menerusi hantaran berkenaan.

BERNAMA semalam melaporkan pemergian Allahyarham yang sebelum dilaporkan kritikal akibat lemas ketika disiplin renang. 

Kematian Muhaini disahkan Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari. 

Terdahulu, Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Othman Warijo berkata, mangsa yang berasal dari Kuala Lumpur, telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Maliha di Langkawi selepas tidak sedarkan diri dipercayai ketika melakukan disiplin renang. - Getaran, 9 Oktober 2023

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Getaran ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description