PLKN 3.0 Terima Respon Positif, Terapkan Juga Persediaan Hadapi Krisis Kesihatan Mental

1 month ago

PLKN 3.0 Terima Respon Positif, Terapkan Juga Persediaan Hadapi Krisis Kesihatan Mental

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan pengisian baharu menerima reaksi positif netizen.

Manjoriti berpendapat, sudah tiba masanya program terbabit dikembalikan, mengambil kira gejala sosial dalam kalangan generasi muda yang kian parah.

Jelas netizen, program berkenaan jika disusun dengan pengisian lebih sistematik dan holistik mampu membenteng generasi muda daripada sebarang masalah disiplin.

Ilham Otter di handle @ilhammazalan berkata, pelaksanaan semua PLKN diharap akan digunakan sepenuhnya oleh kerajaan untuk membantu generasi muda bersedia menghadapi krisis kesihatan mental yang semakin meningkat.

“Kalau PLKN ni betul diadakan kembali, I hope the government can use this opportunity to prepare the youth for the mental health crisis that they will face in their mid-20s.

“Like the signs and symptoms of depression, anxiety, self harm, self esteem issues, how to get help,” katanya.

Menerusi ciapan sama, dia turut mencadangkan agar peserta diarah menyemai tabiat membaca dan menulis diari.

“Macam apa tentera Vietnam ajar dekat their youths. Supaya kita lahirkan generasi yang strong physically, dan introspective about knowledge,” katanya.

Pendapat senada disuarakan JB @abd_jabbar yang menyarankan kerajaan menyenaraikan beberapa pengisian sebagai modul utama.

Memberikan ilmu percukaian dan pengurusan kewangan peribadi sebagai antara contoh, kerajaan juga katanya boleh menimbangkan beberapa teras lain seperti ilmu menggunakan senjata api, ikhtiar hidup jika berada dalam situasi genting dan ilmu keagamaan mengikut kepercayaan setiap peserta.

“(Boleh juga masukkan) kemahiran komunikasi dan public speaking,” katanya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan di Dewan Rakyat semalam memberitahu,  P.   B cLKN 3.0 dengan pengisian berbeza akan dilaksanakan, termasuk menjalani latihan di kem tentera.

Katanya, terdapat 13 kem tentera Wataniah yang boleh menampung 20,000 pelatih bagi latihan PLKN selama 45 hari.

“Kerajaan telah memikirkan untuk meneruskan semula PLKN ini. 

“Jemaah Menteri pada 2021 telah pun meluluskan untuk mengkaji semula cara baharu untuk meluluskan PLKN kerana ia amat baik untuk memberikan asas ketatanegaraan kepada belia kita,” katanya seperti laporan BERNAMA. - Getaran, 10 Oktober 2023

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Getaran ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description