Kes Buli MCKK Sedang Disiasat, Polis Sudah Terima Laporan Pada September - Polis

1 month ago

Kes Buli MCKK Sedang Disiasat, Polis Sudah Terima Laporan Pada September - Polis

KUALA LUMPUR - Kejadian buli yang didakwa melibatkan sekumpulan pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera. 

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, laporan mengenai kes itu telah diterima pada jam 10.05 pagi, 24 September lalu.

Menurut beliau, pelaku jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama setahun atau denda sebanyak RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Polis mendapat tahu hantaran mengenai kejadian ini tular di media sosial sejak semalam.

“Dalam kejadian ini, mangsa adalah pelajar Tingkatan Empat yang dikatakan telah dipukul oleh pelajar Tingkatan Lima,” katanya.

Jelas Omar Bakhtiar, mangsa telah di bawa ke Hospital Kuala Kangsar oleh pihak sekolah untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

“Doktor yang merawat mangsa telah mengesahkan hasil pemeriksaan Normal Physical Finding, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan parah,” katanya.

Terdahulu, kes terbabit turut tular di X, apabila seorang wanita menerusi bebenang mendakwa, pengurusan MCKK gagal menangani perkara berkenaan dengan baik, termasuk menjatuhkan hukuman setimpal ke atas semua pelajar terbabit.

Dikenali sebagai Yong Zanariah, beliau yang menggunakan akaun @NanaZamri berkata, semua pelaku hanya dikenakan hukuman ringan seperti membayar pampasan kepada mangsa.

Dakwanya, ketidakadilan tersebut berlaku kerana semua pembuli berkenaan datang daripada keluarga yang berpengaruh, malah ada antaranya menyandang jawatan penting di sekolah.

Kes terbabit turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Tegas beliau, adalah amat mengejutkan apabila ibu bapa mangsa terpaksa menulis surat kepada pihak sekolah untuk mendapatkan penjelasan.

“This is intolerable! Baru tiga hari lepas, Timbalan Menteri (Pendidikan) maklumkan kes buli di sekolah yang semakin menjadi-jadi. 4,994 kes direkodkan setakat bulan lepas.

“Ini trend yang sangat-sangat membimbangkan. Lagi mengejutkan bila saya baca berita ni. Sampai ibu bapa yang kena tulis surat untuk dapatkan perhatian sekolah. Mangsa buli sampai masuk hospital, tapi mereka yang membuli? Hanya setakat tulis surat akujanji, buat kerja amal untuk sekolah?” katanya.

Lebih merisaukan jelas Syed Saddiq, apabila ada ura-ura mengatakan keputusan pihak sekolah itu memiliki kaitan dengan ‘latar belakang’ pembuli-pembuli.

“If this is real, we should never tolerate this kind of nonsense. Saya harap pihak Kementerian Pendidikan boleh lakukan intervensi secepat yang mungkin dan ambil tindakan yang sewajarnya ke atas pembuli-pembuli ini.

“Justice should be given where its due,” katanya. 

Sehingga laporan ini ditulis, pengurusan MCKK masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. - Getaran, 5 November 2023

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Getaran ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description