Wanita Sedih Keadaan Di HSA, Netizen Kata Bukan Semua Fasiliti Begitu

1 month ago

Wanita Sedih Keadaan Di HSA, Netizen Kata Bukan Semua Fasiliti Begitu

KUALA LUMPUR - Seorang wanita kesal, apabila datuknya yang juga pesara kerajaan menerima layanan tidak memuaskan, walaupun berada dalam keadaan nazak. 

Meluahkan kekecewaan itu di X, dia yang menggunakan handle @anifaresailema berkata, datuknya berhak menerima rawatan di wad kelas pertama. 

“Im sorry but what is this hospital kerajaan? This looks super dodgy and sad. (Saya minta maaf tapi apa hal ni hospital kerajaan? Ia kelihatan sangat usang dan menyedihkan).

“My atuk tengah nazak and he use to be a government servant. He is entitled to get first class room but what did they say, ‘bilik penuh’. All his years as a kastam feels like nothing. Do better Msia (datuk saya sedang nazak dan dia ialah pesara kerajaan. Dia berhak menerima rawatan kelas pertama tapi diberitahu bilik penuh. Segala jasanya sebagai pegawai kastam seolah tidak bermakna. Tolong buat lebih baik Malaysia),” katanya menerusi ciapan.

Menurut wanita itu, keadaan hospital yang amat ‘uzur’ sangat tidak menyenangkan.

“I mean how is this okay (macam mana keadaan seperti ini boleh dianggap okay?) I yang sihat pun rasa macam nak sakit because this place is so horrifying. Don’t tell me because ‘bayar murah’ because he worked as a goverment servant all his life. He and everyone else deserves better!!! @BuletinTV3 @astroawani @fahmi_fadzil @anwaribrahim,” katanya, berang.

Difahamkan, hospital dimaksudkan ialah Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru, yang sememangnya bakal menjalani proses naik taraf bermula tahun ini, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM500 juta.

Ciapan @anifaresailema itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi, dengan ada netizen turut berkongsi ‘kisah seram’ di hospital lain milik Kementerian Kesihatan (KKM).

Ariasa misalnya berkata, dia tidak terlepas daripada menempuh pengalaman menjengkelkan di Klinik Kesihatan (KK) Kajang.

“This is the thing that I question the most as Malaysian, went to Kajang’s KK and the condition was awful! (Ini perkara yang selalu saya persoalkan sebagai rakyat Malaysia. Pergi ke KK Kajang dan keadaannya sangat buruk!)

“Siap kucing jatuh dari atap sampai berlubang ye. Dah 2023!? Apa pembaharuan yang kerajaan bagi dari segi kemudahan dalam sektor perubatan!??? Masing-masing kereta dok bertukar tukar!,” katanya.

Seorang lagi netizen bagaimanapun berkata, tidak semua hospital kerajaan ‘menawarkan’ mimpi ngeri kepada pesakit.

Memetik pengalaman menguruskan bapanya yang perlu menjalani pembedahan besar di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Richard Ker memberitahu, kecekapan petugas di hospital terbabit membuatkan segala proses berjalan lancar.

“Hanya dalam tempoh sejam, ayah saya sudah dimasukkan ke wad, disusuli dengan ujian darah serta jantung tidak lama selepas itu.

“Segala arahan diberikan dengan jelas, termasuk penerangan oleh doktor mengenai prosedur pembedahan yang akan dilakukan,” katanya.

Jelas Richard, kesemua kos dan rawatan lima bintang diterima itu hanya berjumlah RM30.50.

“Saya tak pasti jika ada negara lain menawarkan rawatan pada harga serendah ini.

“Segalanya amat memuaskan hati di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah,” katanya. - Getaran, 30 November 2023

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Getaran ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description