Perusahaan Sosial Sarawak Dijemput Untuk Menyertai Social Enterprise Accelerator Malaysia (SEAM)

1 day ago

Perusahaan Sosial Sarawak Dijemput Untuk Menyertai Social Enterprise Accelerator Malaysia (SEAM)
Sebuah program pecutan kerjasama antara Biji-Biji Initiative dan IKEA Social Entrepreneurship

Perusahaan Sosial Sarawak Dijemput Untuk Menyertai Social Enterprise Accelerator Malaysia (SEAM). Sertai peluang meraih sokongan dan bimbingan untuk memperkasakan perusahaan sosial anda melalui Program Social Enterprise Accelerator Malaysia (SEAM), sebuah kerjasama antara Biji-biji Initiative dan IKEA Social Entrepreneurship, dengan sokongan IKEA Malaysia. 

Biji-biji Initiative dan IKEA Social Entrepreneurship telah melancarkan Program Social Enterprise Accelerator Malaysia (SEAM), sebuah program komprehensif bertujuan untuk memacu perubahan positif dan memperkasakan komuniti terpinggir di seluruh Malaysia. Susulan pelancarannya pada 29 Mei 2024, SEAM menjemput semua perusahaan sosial peringkat penskalaan di seluruh Malaysia agar mengambil bahagian dan bersama-sama memacu perubahan positif. 

Perusahaan Sosial Sarawak Dijemput Untuk Menyertai Social Enterprise Accelerator Malaysia (SEAM)Perusahaan Sosial Sarawak Dijemput Untuk Menyertai Social Enterprise Accelerator Malaysia (SEAM)Kenali Program SEAM

Program ini direka khusus dengan tujuan untuk memperluas dan memperkukuhkan ekosistem perusahaan sosial yang sedia ada. Menerusi usaha memupuk kerjasama, inovasi, dan kemampanan, SEAM bertekad untuk memperkasakan perusahaan sosial Malaysia dengan instrumen dan kemahiran yang penting untuk pertumbuhan mampan sesebuah organisasi.  

Program yang akan berlangsung selama 12 bulan ini bertujuan untuk memperkasakan 10 perusahaan sosial di Malaysia bagi menangani cabaran-cabaran kritikal menerusi pembinaan kapasiti dalaman organisasi dan penumpuan terhadap strategi perniagaan yang berkesan.

Perusahaan Sosial Sarawak Dijemput Untuk Menyertai Social Enterprise Accelerator Malaysia (SEAM)Dari kiri, Juliana Adam (Biji-biji Initiative), Rashvin Pal Singh (Biji-biji Initiative), Malcolm Pruys (IKEA Malaysia), Puan June Suhaila (KUSKOP), Jorge Tamayo (IKEA Supply Malaysia), Yumi Chia (Biji-biji Initiative)

Program Social Enterprise Accelerator Malaysia (SEAM) telah dilancarkan secara rasmi pada Khamis, 29 Mei 2024. Acara tersebut telah dihadiri oleh beberapa tetamu kehormat, termasuk Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar dan Perhubungan Antarabangsa (Seksyen Keusahawanan Inklusif), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Puan June Suhaila Binti Saran, Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys, dan Pengarah Urusan IKEA Supply Malaysia, Jorge Tamayo.

Apa yang anda boleh perolehi dari Program SEAM?

SEAM menawarkan pelbagai sumber kepada perusahaan sosial tempatan bagi melengkapkan mereka dengan instrumen dan kemahiran yang diperlukan bagi meningkatkan kapasiti dalaman organisasi, pengukuhan strategi, dan keseluruhan impak perniagaan mereka. Antara manfaat utama program ini termasuk:

Program Pemerkasaan Perniagaan selama 12 bulan: Para peserta akan menerima bimbingan khusus daripada pakar industri, termasuk rakan sekerja IKEA. Mereka akan bertindak sebagai pakar perniagaan, rakan pemikir, mentor dan jurulatih di sepanjang perjalanan mereka selama setahun.  Kumpulan Wang Pendanaan: Peserta akan mendapat peluang menerima pembiayaan melalui kumpulan dana bernilai USD 200,000 yang akan dibahagikan kepada 10 pertumbuhan organisasi yang mengambil bahagian, bagi mendorong pencapaian matlamat mereka. Menyumbang kepada Ekosistem Perusahaan Sosial Malaysia: Perusahaan sosial berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian ekosistem perusahaan sosial yang dinamik dan saling menyokong di Malaysia. Ekosistem ini meliputi perusahaan sosial lain, pakar industri, pelabur, agensi kerajaan, NGO, dan banyak lagi. Dengan menjadi sebahagian daripada ekosistem ini, perusahaan sosial boleh mendapat akses kepada sumber daya, rangkaian, dan kerjasama yang dapat meningkatkan impak dan kemampanan organisasi mereka.

Siapa yang patut memohon?

SEAM mencari perusahaan sosial peringkat penskalaan yang berlokasi di Malaysia yang menumpukan kepada usaha pemerkasaan komuniti rentan dan terpinggir (termasuk orang kurang upaya, pelarian, golongan berpendapatan rendah dan masyarakat Orang Asli).

Selain itu, perusahaan sosial yang mempunyai fokus kepada pembangunan mampan dan perlindungan alam sekitar turut dialu-alukan untuk menyertai program ini, terutamanya dalam sektor:

Ekonomi Kitaran dan Pengurusan Sisa; Bahan Boleh Diperbaharui dan Pertanian Mampan; Bahan Mentah dan Penghutanan Semula; Akuakultur dan Pemuliharaan Marin; Pekerjaan Inklusif

Kelayakan sesebuah perusahaan sosial itu juga akan diukur berdasarkan kepada kriteria yang disenaraikan di bawah:

Perusahaan sosial itu mestilah organisasi peringkat penskalaan dan telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun; Fokus organisasi mestilah selari dengan sekurang-kurangnya salah satu sektor yang diutamakan; Mempunyai model perniagaan yang jelas dan fokus kepada impak; Menunjukkan unjuran keuntungan yang positif, menandakan kebolehan organisasi dari segi kewangan; Entiti berdaftar yang sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM); Bermotivasi tinggi, berdedikasi untuk memperkasakan perniagaan dan impak mereka, dan bersedia untuk mengambil bahagian sepenuhnya sepanjang program berlangsung

Bagaimana anda boleh mengambil bahagian dalam Program SEAM?

Beberapa sesi pengambilan akan diadakan secara berperingkat di negeri-negeri yang terpilih, termasuk Pulau Pinang, Johor, Sabah, dan Sarawak sepanjang Jun dan Julai 2024. 

Sehubungan itu, Program SEAM akan mengadakan sesi pengambilan satu hari pada minggu ini, khas di Sarawak bagi menawarkan peluang kepada Perusahaan Sosial Sarawak untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini dan memohon untuk menjadi sebahagian daripadanya.

Butiran acara sesi pengambilan Sarawak adalah seperti berikut:Tarikh: 5 Julai 2024, JumaatMasa: 2.30 petang – 5.00 petangLokasi:

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from I Love Borneo ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description