Bali Cadang Naikkan Cukai Lebih 5 Kali Ganda Untuk Cegah Pelancong Berkelakuan Biadap

1 day ago

Bali Cadang Naikkan Cukai Lebih 5 Kali Ganda Untuk Cegah Pelancong Berkelakuan Biadap

Bali, salah satu destinasi yang menjadi tarikan pelancong untuk ke Indonesia bercadang untuk menaikkan cukai pelancongan ke angka yang lebih tinggi gara-gara sikap pelancong asing.

Hal tersebut disyorkan Majlis Perundangan Wilayah Bali, yang mencadangkan kenaikan cukai pelancongan daripada 150,000 rupiah (RM42) kepada sekitar AS$50 ((RM237) dalam usaha mencegah pelancong yang berkelakuan biadap. 

Menurut Ketua Majlis tersebut, Kresna Budi, ia adalah langkah terbaru pulau peranginan itu ekoran peningkatan pelancong yang bersikap tidak senonoh sehingga mengganggu penduduk tempatan.

Katanya, mereka yang melawat Bali haruslah mempunyai kualiti yang lebih tinggi dan bukannya mereka yang berani melanggar undang-undang serta tidak menghormati norma dan budaya rakyat tempatan di sana. 

"Saya rasa cukai 150,000 rupiah terlalu rendah, jadi Bali kelihatan seperti destinasi pelancongan yang murah.

"Kenapa Bali perlu dijual murah?" katanya sambil memberi contoh bahawa rakyat Indonesia perlu membayar jutaan rupiah untuk mendapatkan visa apabila melawat Britain. 

"Ada masalah ini kerana biasanya mereka yang bertindak sedemikian adalah anggota lapisan bawah (pelancong berbajet rendah)," katanya. 

Selain itu, Kresna turut mencadangkan bahawa sebahagian daripada cukai yang dikutip boleh digunakan untuk menubuhkan unit polis pelancongan untuk menangani isu pelancongan secara khusus. 

Difahamkan, cadangan itu sedang dipertimbangkan oleh pemangku gabenor Bali. 

Kresna juga berkata, beliau berharap pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai Bali dapat mengutip cukai dengan lebih cekap kerana ia boleh diperuntukkan kepada pihak imigresen dan lapangan terbang.

Sejak pelaksanaan cukai pelancong 150,000 rupiah pada 14 Februari, hanya 40 peratus daripada anggaran 2.2 juta pengunjung masuk ke Bali yang telah membayar, menurut agensi pelancongan pulau itu. 

 

Sumber:

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Rileklah ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description