'Tudung terbelit, leher terjerut'

1 day ago

'Tudung terbelit, leher terjerut'
SHAH ALAM - Seorang pengusaha telur itik berdepan detik cemas apabila tudung dipakai termasuk ke dalam pemutar mesin pembersih telur sehingga mengakibatkan lehernya terjerut, sehingga tercekik. Norizan Ahmed Jaaffar, 55, berkata, kejadian berlaku ketika dia membuat siaran langsung di TikTok dekat pusat pemprosesan telur itik diusahakannya di Sekinchan, Selangor pada 26 Jun lepas. “Biasanya, kerja-kerja pembersihan telur ini dilakukan oleh pekerja saya tetapi pada hari kejadian mereka keluar rehat. Jadi saya yang ambil alih sebentar tugas membuat siaran langsung ini. “Bagaimanapun, tanpa disangka-sangka tudung yang saya pakai itu termasuk ke dalam mesin pembersih telur menyebabkan ia terbelit dan merentap leher saya masuk ke dalam mesin sehingga tercekik,” katanya pada Ahad. Dia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rakaman berdurasi 24 saat yang dimuat naik dalam TikTok baru-baru ini. Video berkenaan memaparkan Norizan seolah-olah ditarik dengan begitu kuat sehinggakan kepalanya terhantuk pada bahagian atas mesin tersebut. Mengulas lanjut, Norizan memaklumkan, kejadian itu umpama hidup dan mati apabila tudung yang dipakainya itu menjerut lehernya. “Ketika kejadian suami dan pekerja dengar jeritan meminta pertolongan dan dengan pantas suami saya terus mematikan suis mesin. “Alhamdulillah, saya selamat tetapi terdapat kesakitan pada bahagian leher kerana terjerut. Insiden ini benar-benar membuatkan saya trauma dan takut dengan mesin itu,” ujarnya. Norizan sempat menasihati orang ramai agar peka dengan keadaan sekeliling dan hanya fokus melakukan satu pekerjaan dalam satu masa. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description