Tepuk punggung biri-biri boleh hilang stres

1 day ago

Tepuk punggung biri-biri boleh hilang stres
BEIJING - Satu trend pelik muncul di China apabila ramai remaja di sana percaya menepuk punggung kambing dapat menghilangkan tekanan atau stres. South China Morning Post melaporkan, sebuah pasar di Xinjiang dilaporkan sesak dengan remaja di mana mereka dikatakan mencari penjual biri-biri dan meminta kebenaran pemiliknya untuk menepuk punggung haiwan ternakan itu. Seorang remaja berkongsi di platform media sosial Xiaohongshu mendakwa bahawa punggung biri-biri yang lembut dan melenting apabila disentuh boleh mendatangkan 'ketagihan'. Dalam video itu, seorang remaja dilihat menepuk punggung biri-biri dan berkata ia dapat melegakan tekanan yang dihadapinya selama ini. Bagaimanapun terdapat kebimbangan bahawa kaedah menepuk haiwan itu mungkin mendatangkan bahaya apabila najis di punggungnya akan melekat kepada mereka yang menyentuhnya. Trend itu mencetuskan perbincangan hangat dalam media sosial di China di mana segelintir daripada mereka 'kasihan' dengan biri-biri yang menjadi mangsa penganiayaan manusia. "Saya kasihan dengan biri-biri itu, jika boleh bercakap mereka mungkin akan melarang menganggu mereka. "Saya berharap pengembala tempatan dalam melaksanakan peraturannya seperti mengehadkan bilangan orang ramai yang menyentuh biri-biri itu," tambahnya. Seorang pakar memberitahu portal berita Post bahawa terdapat kesan negatif di sebalik peningkatan trend tersebut. "Golongan muda cuba melepaskan diri daripada kekangan kehidupan seharian melalui cara yang tidak konvensional. “Bagaimanapun, mengikuti trend secara membuta tuli adalah tidak digalakkan. Tingkah laku ini seperti menghormati haiwan dan orang ramai harus mencari hiburan lain yang munasabah,” tambahnya. - Agensi Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description