Pesawat Air Europa Pula Alami Gelora Udara Menyebabkan Puluhan Penumpang Cedera

1 day ago

Pesawat Air Europa Pula Alami Gelora Udara Menyebabkan Puluhan Penumpang Cedera

Puluhan penumpang penerbangan Air Europa dari Madrid ke Montevideo, cedera selepas pesawat itu mengalami gelora udara dan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan.

Pesawat Boeing 787-9 Dreamliner dengan 325 penumpang terpaksa dilencongkan ke lapangan terbang Natal, Brazil, di mana puluhan ambulans sedang menunggu.

Seramai 40 penumpang dibawa ke hospital dan klinik di Natal untuk menerima rawatan bagi kecederaan melecet dan trauma kecil.

Sekretariat Kesihatan Rio Grande do Norte Brazil berkata, seramai 11 orang masih dirawat di Hospitsl Monsenhor Walfredo Gurgel menjelang petang semalam.

Antara yang cedera ialah warga Sepanyol, Argentina, Uruguay, Israel, Bolivia dan Jerman.

Air Europa berkata, tujuh penumpang kini dirawat bagi pelbagai kecederaan.

Tambahnya, sebuah pesawat dihantar dari Madrid untuk mengambil penumpang manakala pesawat Boeing yang terjejas sedang diperiksa untuk kerosakan di Natal.

Salah seorang penumpang pesawat itu, Mariela Jodal berkata, beberapa orang cedera dalam gegaran yang sangat kuat, namun terselamat kerana memakai tali pinggang keledar.

Gambar yang tular menunjukkan panel siling pecah, dengan paip dan wayar kelihatan, selain gambar kenderaan kecemasan yang sedang menunggu di Natal.

Mei lalu, seorang lelaki Britain berusia 73 tahun, meninggal dunia dan beberapa penumpang dan anak kapal lain cedera apabila pesawat Boeing 777 Singapore Airlines mengalami gelora udara yang teruk sehingga terpaksa melakukan pendaratan cemas di Bangkok.

Seminggu kemudian, 12 penumpang cedera ketika gelora udara dalam penerbangan Boeing 787-9 Qatar Airways dari Doha ke Ireland.

Pakar keselamatan udara berkata penumpang selalunya mengambil mudah arahan memakai tali pinggang keledar, sehingga menyebabkan mereka berisiko jika pesawat mengalami gegaran yang tidak dijangka.

Saintis berkata kes gelora udara ketika cuaca baik, yang tidak dapat dikesan oleh radar, menjadi semakin teruk dan lebih ketara sejak kebelakangan ini kerana perubahan iklim.

Kajian pada 2023 mendapati tempoh tahunan gelora udara ketika cuaca baik meningkat sebanyak 17 peratus dari 1979 hingga 2020, dengan kes paling teruk meningkat lebih daripada 50 peratus. - AFP

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Rileklah ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description