Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

1 day ago

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh namun tinggi berbanding beberapa mata wang utama lain, kata pakar ekonomi. Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7190/7235 berbanding dolar AS daripada 4.7120/7155 ketika ditutup pada Isnin. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pilihan raya di Perancis dan United Kingdom (UK) dilihat memberikan rangsangan kepada mata wang AS. UK dilaporkan akan mengadakan pilihan raya pada Khamis manakala pusingan kedua pilihan raya Parlimen Perancis akan diadakan pada 7 Julai. "Walaupun Indeks Pengurus Pembelian (IPP) Pembuatan ISM AS susut kepada 48.5 mata pada Jun, lebih rendah daripada jangkaan konsensus 49.2 mata namun, Indeks Dolar AS (DXY) terus disokong dengan baik,” katanya kepada Bernama. Beliau berkata, selain itu, pilihan raya Presiden AS pada November menjadi tumpuan utama pasaran berikutan debat presiden pada Jumaat lepas. Justeru, ringgit dijangka mengekalkan julat kecil berbanding dolar AS pada sekitar RM4.71 hari ini, katanya. Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama. Unit domestik meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9216/9246 daripada 2.9254/9278 ketika ditutup pada Isnin serta lebih kukuh berbanding pound British kepada 5.9653/9710 daripada 5.9706/9750. Ringgit naik berbanding euro kepada 5.0658/0707 daripada 5.0682/0720. Sebaliknya, prestasi ringgit bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean. Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4750/4785 daripada 3.4772/4801 pada penutup semalam, dan lebih stabil berbanding baht Thailand kepada 12.8300/8464 daripada 12.8329/8481. Bagaimanapun, ringgit susut berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.05 daripada 8.03/8.04 ketika ditutup pada Isnin, serta rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 289.1/289.5 daripada 288.7/289.0. - Bernama Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description