Puluhan cedera dalam insiden gelora udara penerbangan Air Europa

1 day ago

Puluhan cedera dalam insiden gelora udara penerbangan Air Europa
RIO DE JANEIRO - Sekurang-kurangnya 30 penumpang cedera dalam insiden gelora udara semasa penerbangan dari Sepanyol ke Uruguay pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik Air Europa. Menurut hantaran syarikat penerbangan itu di platform media sosial X, pesawat terpaksa membuat pendaratan kecemasan di sebuah lapangan terbang di Brazil. Penerbangan itu, yang dalam perjalanan dari Madrid ke Montevideo, membawa 325 penumpang. Laman berita G1 melaporkan beberapa penumpang mengalami patah tulang dan yang lain terhantuk kepala semasa turbulensi. Pada Mei lepas, seorang maut dan lebih 30 lagi cedera dalam insiden gelora udara teruk semasa penerbangan Singapore Airlines dari London ke Singapura. - Bernama-dpa Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description