MBS terima RM3.3 juta ganti lif di dua pangsapuri

1 day ago

MBS terima RM3.3 juta ganti lif di dua pangsapuri
SEREMBAN - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menerima peruntukan RM3.3 juta daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi penyelenggaraan dan penggantian lif di dua perumahan berstrata swasta di daerah ini. Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata, ia membabitkan lima unit lif di pangsapuri Taman Seremban Putra di Sikamat dan empat unit di Apartment Casa Prima, Seremban 2. "Badan Pengurusan Bersama (JMB) perumahan ini telah mengemukakan permohonan kepada MBS berkenaan isu lif dihadapi. "MBS panjangkannya kepada KPKT yang kemudiannya telah meluluskan peruntukan di bawah Program Projek Penyelenggaraan/Penggantian Lif Madani 2.0. "Kerja-kerja penggantian lif akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan dijangka siap pada Mei tahun hadapan," katanya ditemui pemberita selepas melawat Pangsapuri Taman Seremban Putra di sini, pada Selasa. Menurutnya, kelulusan peruntukan penggantian lif itu adalah selaras dengan aduan daripada penduduk berkenaan permasalahan lif yang sering berlaku. Jelas beliau, secara keseluruhan, sebanyak RM4.6 juta peruntukan diterima MBS daripada KPKT tahun ini di bawah Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia. Sementara itu, Pengerusi Penduduk Pangsapuri Taman Seremban Putra, Mohd Ridzuan Md Zaini berkata, masalah lif dihadapi telah berlarutan lebih 20 tahun dan ia menyukarkan penduduk melakukan urusan harian. "Di kawasan perumahan ini terdapat 10 blok dan keseluruhannya ada 1,000 unit rumah. "Setiap blok hanya ada satu lif saja boleh digunakan dan ia sangat menyusahkan penduduk di sini terutama bagi warga emas dan orang kurang upaya(OKU)," katanya. Ujarnya, pihaknya bersyukur kerana permohonan membaik pulih kemudahan tersebut yang dibuat kepada MBS telah dipertimbangkan melalui peruntukan KPKT. Tambahnya, buat masa ini hanya lima lif saja diluluskan dan pihaknya akan buat lima permohonan baharu pada masa akan datang. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description