Gara-Gara Sebar Maklumat Dalaman Polis, Seorang Pelawak & Isteri Direman 2 Hari

1 day ago

Gara-Gara Sebar Maklumat Dalaman Polis, Seorang Pelawak & Isteri Direman 2 Hari

Seorang pelawak dan isterinya ditahan pada isnin bagi membantu siasatan berhubung kes penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. 

Menurut sumber, pasangan itu direman dua hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.  

Pasangan yang masing-masing berusia 37 dan 38 tahun itu ditahan ketika memberi keterangan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam selain telefon bimbit kedua-duanya dirampas.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan ketika dihubungi media itu mengesahkan penahanan suami isteri itu. 

Sebelum ini, tular di aplikasi Telegram berkaitan penulisan membabitkan IPD Shah Alam dan penyebaran gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Sahabudin Abd Manan yang meninjau IPD terbabit. 

 

Sumber:

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Rileklah ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description