Sabrent Memperkenalkan Rocket V60 - Kad MicroSDXC Dengan Penawaran Storan 512GB

1 day ago

Sabrent Memperkenalkan Rocket V60 - Kad MicroSDXC Dengan Penawaran Storan 512GB
Sabrent ialah sebuah jenama pembuat perkakasan storan yang cukup terkenal untuk storan SSD mereka yang bukan sahaja hadir dengan pilihan storan besar, tetapi juga sangat pantas sekali. Terkini, Sabrent telah memperlihatkan penawaran storan terbaru mreka, iaitu Sabrent Rocket V60, siri kad MicroSDXC yang hadir dengan penawaran storan yang cukup besar sekali.

Sabrent Rocket V60 hadir dalam pilihan 128GB, 256GB dan 512GB dan hadir dengan kelajuan penulisan data 60MB/s yang cukup pantas untuk merakam video dalam resolusi 8K melalui peranti pintar. Sabrent mengatakan bahawa kad MicroSDXC mereka juga mempunyai ketahanan jangka masa panjang dan boleh digunakan dalam pelbagai jenis peranti, termasuklah peranti pintar, kamera, konsol mudah-alih dan komputer riba.

Setakat ini, Sabrent dilihat hanya menjual kad MicroSDXC Rocket V60 di pasaran-pasaran tertentu, dengan model 128GB dijual pada harga permulaan $34.99. Setakat ini ia tidak diketahui samada produk ini akan dibawa masuk ke pasaran tempatan atau tidak.

.]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description