Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Tak Bersalah Berkhalwat

1 day ago

Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Tak Bersalah Berkhalwat

Kontroversi kes khalwat yang melibatkan penyanyi, Aliff Aziz dan pelakon, Ruhainies terjawab apabila mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan atas satu pertuduhan berkhalwat di sebuah kondominium, empat bulan lalu. 

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 33, dan Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan, di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz. 

Semasa prosiding, ketika pertuduhan dibacakan kedua-duanya kelihatan tenang berada dalam kandang tertuduh. Alif yang ditanya terlebih dahulu oleh Hakim Syarie mengaku tidak bersalah akan pertuduhan tersebut. 

Hakim Syarie: Faham pertuduhan (Aliff)? Aliff: Faham mengaku tidak bersalah. 

Ruhainies juga membuat pengakuan yang sama ketika pertuduhan dibaca kepadanya. 

 

Hakim Syarie: Faham pertuduhan (Ruhainies)? Ruhainies: Faham pertuduhan, saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. 

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa berada bersama orang Islam yang bukan isteri, suami atau mahram, dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak, bahawa mereka membuat perbuatan tidak bermoral.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kondomonium di Bukit Bintang pada jam 12.35 pagi, 9 Mac lalu. 

Pertuduhan terhadap Aliff Aziz dibuat mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu Khalwat, sementara Ruhainies, Seksyen 27 (b) akta sama.

Sesyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, jika sabit kesalahan. 

Mahkamah kemudian menetapkan perbicaraan kes pada 17 Oktober depan dan membenarkan bon jaminan masing-masing sebanyak RM1,500 dilanjutkan sehingga prosiding selesai. 

Sebelum ini, kisah khalwat mereka hangat diperkatakan apabila pelakon Ruhainies mengesahkan dia dan Aliff Aziz diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Polis Diraja Malaysia di kediamannya.

Ruhainies, dalam satu kenyataan berkata, keberadaan Aliff Aziz di dalam rumahnya adalah bertujuan untuk bertemu dengan ahli keluarganya yang dikenali aktor itu sejak 10 tahun lalu. 

 

Sumber:

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Rileklah ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description