Peluru hidup ditemukan dalam bagasi pramugari Korean Air

1 day ago

Peluru hidup ditemukan dalam bagasi pramugari Korean Air
INCHEON - Polis Korea Selatan melakukan siasatan selepas peluru hidup ditemukan di dalam bagasi tangan seorang pramugari Korean Air semasa pemeriksaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Menurut polis lapangan terbang itu pada Khamis, sebutir peluru hidup kaliber 7.62 milimeter ditemukan dalam beg tangan milik pramugari itu ketika beliau mahu berlepas menaiki penerbangan Korean Air menuju Bangkok pada 7.30 pagi Selasa, lapor agensi berita Yonha. Polis telah mengambil peluru itu dan membenarkan pramugari itu meneruskan perjalanan mengikut jadual. Mereka merancang memanggilnya untuk soal siasat sebaik sahaja beliau kembali dari tugasan itu. Pada Mac lepas, dua butir peluru hidup ditemukan di bawah tempat duduk penumpang dalam pesawat Korean Air yang hendak berlepas menuju Manila, Filipina, menyebabkan lebih 200 penumpang dipindahkan. - Bernama Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description