Kaca Mata Speaker JBL Soundgear Frames Kini Di Malaysia Pada Harga RM999

1 day ago

Kaca Mata Speaker JBL Soundgear Frames Kini Di Malaysia Pada Harga RM999
Apabila cakap mengenai peranti boleh pakai, pasti jam tangan pintar terlintas dalam fikiran. Yang terbaru menjadi trend adalah kaca mata pintar seperti Ray-Ban Meta. Walaupun begitu penawaran kaca mata pintar sudah bertahun berada di pasaran Malaysia seperti jenis memfokuskan kepada audio. Terbaru adalah JBL Soundgear Frames.

Anda boleh bayangkan JBL Soundgear Frames sebagai TWS yang tidak memerlukan fon telinga disumbat ke dalam telinga, sebaliknya mendengar audio dengan lebih bergaya. Kaca mata ini menggunakan JBL OpenSound Technology dengan setiap tangkai kaca mata memuatkan pemandu audio speaker segi empat amplitud jenis dinamik bersaiz 25mm x 9 mm. Dua mikrofon untuk menjawab panggilan telefon atau menggunakan pembantu maya dengan ciri membatalkan hingar turut disediakan.

JBL menjanjikan bateri bertahan sepanjang 8 jam dengan satu pengecasan. Kemudian caj hanya 10 minit boleh guna sehingga 2 jam. JBL Soundgear Frames turut dibina untuk tahan lasak seperti menyokong perlindungan air dan debu IP54, direka untuk ringan dan selesa dipakai sepanjang hari. Pengecasan adalah melalui USB-C dan tiada butang disertakan kerana buka tangkai akan menghidupkan kaca mata ini.

Logo JBL pada tangkai kaca mata pula adalah untuk kawalan gestur. Jika sukar, kaca mata ini turut boleh dikawal dengan aplikasi JBL Headphones untuk lebih mudah dan tidak janggal. JBL Soundgear Frames mula dijual di Malaysia hari ini pada harga RM999. Untuk dapatkan harga lebih murah, jerayawara JBL Heart of Sound Roadshow kini diadakan di 1 Utama dari 3 – 7 Julai untuk beli Soundgear Frames pada harga RM699 atau RM888 di laman web rasmi JBL.

Di jerayawara ini, JBL turut memperlihatkan Xtreme 4, Clip 5 dan Go 4 yang telah dikemaskini dengan Auracast serta audio lebih baik. Kemudian jika anda berminat dengan TWS yang ada skrin terbina, Live Beam 3 TWS turut dijual. Untuk perbelanjaan sehingga RM1500, JBL GO3 akan diberikan secara percuma. Sementara pembelian dari RM500-RM1999 atau RM2000 ke atas akan melayakkan anda menerima 2 token untuk cabutan bertuah khas.

Baca lanjut di .]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description